Lepas habis aku tengok iklan ni, baru aku teringat kisah sorang balu polis yang hantar makanan kat balai polis tempat arwah suami dia kerja. Cari punya cari, jumpa lah artikel pasal kisah ni.
Mak cik ni namanya Mak Cik Saadiah. Tinggal kat Gerik, Perak. Setiap hari selam 37 tahun, dia akan hantar makanan ke IPD Gerik, kayuh basikal.
Demi kasih sayang terhadap kesetiaan arwah suaminya, Mak Cik Saadiah hantar makanan seperti nasi dan lauk pauk.
Suami Mak Cik Saadiah ni terkorban masa tragedi serang hendap komunis 28 Ogos 1975. Suami dia waktu tu bekerja sebagai BotMan, iaitu penghantar barang keperluan kepada pejuang dalam hutan waktu menjalankan tugas.
Info setakat 2017, Mak Cik Saadiah dah tak hantar nasi dan lauk pauk, tapi hantar gula-gula. |
Iklan raya SAJI memang sejak dua menjak ni memang ohsem! Setanding dengan iklan raya Petronas. Walaupun tiap-tiap iklan SAJI ada je terselit product advertisement, tapi still best.
4 Comments
Sedih ceritanya
ReplyDeleteBetul. Ada kisah sedih disebaliknya.
DeleteOhh ada tengok jugak iklan saji ni. Sedih kan kisahnya. Walaupun dia tahu suami dia dah takde, tetap dia hantar makanan.
ReplyDeleteSetia sampai bila-bila.
Delete