Cara halang atau block iklan Google AdSense yang tak sesuai.


Dalam entri lepas, aku ada mention pasal hukum letak iklan Google dalam blog. Selagi kita tak tergelincir dari syarat-syarat yang ditetapkan oleh hukum Islam, insyaAllah dibenarkan. Terima kasih kepada Kak Nur bagi tips cara nak block iklan yang tak patut ada.

 Amaran: Cara ni akan beri kesan pada revenue AdSense kita sebab kita tak benarkan sesetengah iklan muncul dalam blog.

Cara block iklan Google AdSense yang tak sesuai

  1. Sign in akaun Google AdSense (https://www.google.com/adsense).
  2. Klik tab Blocking controls > All sites.
  3. Klik Manage Sensitive categories.
  4. Tick mana yang nak block.
  5. Keluar ke page sebelumnya dan klik Manage General categories.
  6. By default, semua kategori akan auto allowed. Tick mana yang kita nak block.
  7. Kalau tak jumpa, boleh search dalam kotak search tu.
  8. Siap.







Lepas ni iklan-iklan yang kita dah block tadi insyaAllah takkan keluar dah. Risau jugak bila budak-budak bawah umur baca blog kita, tak pasal-pasal dapat tengok iklan yang tak sesuai. Tapi setakat ni, lepas buat setting tu, masih ada jugak iklan yang tak patut keluar macam game judi. Kena tengok betul-betul dan klik satu-satu option jenis iklan tu untuk block.

Post a Comment

18 Comments

  1. terima kasih Naim kerap block iklan ubat kuat ja.huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Kena check jenis iklan macam tu. Biasanya ada kat row health.

      Delete
  2. ok...MY save ni. nnt nak dtg lagi untuk setting

    ReplyDelete
  3. since apply GA ni, sy x penah buat lg. terima kasih berkongsi ilmu👍

    ReplyDelete
  4. p/s terima kasih ats komen dan sggh blog sy. nnt sy smbg komen lg yaa😊

    ReplyDelete
  5. yup...penting sangat setting ni...sebab kalau boleh, sebolehnya kalau jugak, memang kena tidak melibatkan sesuatu yang bisa kirim kita ke suatu tempat gak molek gitu...

    nice sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena check thoroughly baru nampak dari mana iklan tu muncul.

      Delete
  6. so far tak pernah adjust setting Ga ni lagi. Tapi..ada orang kata iklan yang kita nampak bergantung kepada viewing history kita sendiri, bukan pemilik website. betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun betul jugak. Macam iklan kat phone. Keluar iklan pasal kipas angin ke kipas meja ke kat browser. Rupanya ads dapat detect items yang kita search dari Shopee dan Lazada.

      Tapi iklan arak dan judi blog saya ni memang saya tak pernah search pasal benda haram ni. Entah kenapa boleh muncul.

      Delete
  7. TIPS YANG BERGUNA UNTUK PENGGUNA ADSENSE . SIAP ADA TUTORIAL LGI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap berguna buat mereka yang memerlukan. 😊

      Delete
  8. Nice sharing BK, done block iklan casino hehehe. Iklan ubat kuat tu tak jumpa pulakk, nak kena cari lagi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena godek satu-satu baru jumpa. Makan masa tapi berbaloi.

      Delete
  9. Akak tak kacau General Categories, ubah Sensitive Categories sahaja. Itu agaknya iklan ubat kuat tu keluar kot, sebab drug dan medication kat general categories. Walaupun kita tak pernah search pasal tu, kan. Akak setuju komen SalbiahM di atas, sebab akak selalu search handbag. Selalu keluar iklan handbag bila akak blogwalking blog kawan-kawan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Semua ni AI punya kerja. Data kita diorang yang pakai untuk berbisnes. 😑

      Delete