Selama aku beli barang dari China, aku memang akan guna Standard Delivery. Tak pernah lagi aku guna Sea Shipping.
Beza Sea Shipping vs Standard Delivery
Kalau pilih Standard Delivery, barang akan dihantar masuk ke Malaysia menggunakan kapal terbang. Estimate dalam masa 7 hari. Manakala Sea Shipping, barang akan dihantar menggunakan kapal kargo atau kontena melalui jalan laut. Estimate delivery untuk Sea Shipping ni antara 18 hingga 25 hari.
Guna jalan laut memang lagi murah dari jalan udara. Tapi makan masa untuk sampai. Faktor cuaca memainkan peranan penting. Cuba bayangkan bila kapal tu nak hantar barang ke Malaysia, waktu tu pulak hujan, ribut, air laut bergelora dsb. Mesti makan masa nak sampai. Lagi satu, sistem trafik kat laut ni tak sama macam darat dan udara. Sebab rintangan kat laut memang tak boleh nak expect.
Pernah ada kes tahun ni, sebuah kapal kontena sangkut kat Terusan Suez disebabkan angin kencang. Secara langsung, terus tutup laluan kapal lain keluar masuk. Terusan Suez ni salah satu laluan perdagangan maritim antarabangsa terpenting di dunia.
Aku saja nak cuba guna option Sea Shipping ni. Nak tengok tahap kelajuan shipping tu. Aku order barang secoit je. Seller buat promo 77 sen waktu tu. Kos shipping 50 sen. Aku order 18 Jun dan seller pos 19 Jun. Tunggu punya tunggu, 9 Julai, barang aku pun sampai. Ambil masa 21 hari. Memang sangat lama untuk sampai berbanding normal shipping.
Seller bagi banyak free gift (sticker dan Minion). |
Keychain Attack on Titan. |
Berbaloi ke guna Sea Shipping?
Bagi aku, tak. Tak berbaloi. Kalau dah ada Standard Delivery, kenapa nak pilih Sea Shipping? Harga Standard Delivery pun bukan jauh beza dengan harga kurier dalam Malaysia ni. Lagipun, sekarang Standard Delivery dari China dah makin laju. Ada barang yang aku order, ambil masa 4 hari je. Berdesup laju kalau nak dibandingkan dari dalam Malaysia. Macam tak logik kan? Mungkin keadaan kat China makin sistematik. So, barang yang buyer order, terus dihantar ke Malaysia secepat mungkin.
69 Comments
cantik keychain
ReplyDeleteTerima kasih. 😅
DeletePernah jugakkk buat sekali, jenuhhh oi menunggu hahaha. Memang serikkk walaupun bukan barang urgent tapi cukup jelah kita try sekali hahahaha >.<
ReplyDeleteBetul. Kita pulak yang risau barang entah sampai ke tak.
Deletekalau sanggup menunggu ape salahnye kan...
ReplyDeleteMungkin ada yang prefer Sea Shipping. Bergantung kepada keperluan.
Deletekalau barangan yang berat2 guna standard delivery tentu mahal
ReplyDeleteBetul. Mungkin kalau barang berat, boleh cuba Sea Shipping.
DeleteSetakat ni tak pernah guna sea shipping. Walaupun murah tak tergamak nak guna..kalau boleh prefer local seller. kalau tak ada pilihan baru order dari mainland.
ReplyDeleteSaya jenuh menunggu walaupun barang secoit. 😌
DeleteBelum pernah ada pengalaman guna sea shipping lagi. Selalu kalau beli barang dari Cina pun, guna option standard delivery.
ReplyDeleteMana tau lepas ni ada pengalaman guna Sea Shipping pulak. Boleh share nanti. 😂
DeleteIdokle..saya tak sesabar itu. Haha
ReplyDeleteBetul. Bukan keperluan lagi nak guna Sea Shipping. 😅
DeleteSaya nk tanya guna sea shipping ni lepas brg sampai kat station, brg tu dia hantar terus ke dgn courier ke rumah kita? Jenuh menunggu brg tak sampai2..risau gak sbb kat apps pun lambat update status brg
ReplyDeleteBetul. Macam delivery biasa dari China tu. Bezanya Sea Shipping ni makan banyak masa untuk sampai Malaysia.
DeleteBila dah sampai Malaysia, cepat je kurier Malaysia hantar. Dalam 2 hari saya dah dapat.
barang yg berat boleh kot guna sea shipping. kalau ringan2 rasa xpa la guna yg express laju ckt. hahaha
ReplyDeleteBetul jugak tu. Boleh jimat kos shipping.
Deleteparcel has been loaded onto transport at station..kalu gini,parcel ade kt Malaysia or mainland?
ReplyDeleteSelalunya kalau ada 'at station' tu, barang dah sampai kat Malaysia.
Deletesaya ada tanya helpdesk shopee, parcel has been loaded onto transport at station maksud dia barang baru masuk kapal laut/kapal terbang.
Deletetrima kaseh info...
ReplyDeleteSama-sama. 👍
DeleteAlamak .. dah order guna sea shipping baru bce blog awk . Tp memg terpaksa guna sea shipping sbb shopee pay xcukup uwangg . Jadi tggu lah dgn tabah dan sabar 😭
ReplyDeleteBetul. Memang kena banyak bersabar kalau guna Sea Shipping. 😅
Delete23-09-2021 12:00
ReplyDeleteParcel has been loaded onto transport at station
08-09-2021 04:03
[China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
07-09-2021 22:28
[China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
07-09-2021 21:58
[China] Sender has shipped your parcel
06-09-2021 13:52
[China] Sender is preparing to ship your parcel
ni timeline seashipping sy..lepas nih no more la
Lama kan? Saya punya 20 Jun gerak dari China dan 7 Julai sampai Malaysia. 17 hari. Tu tak termasuk perjalanan kurier dalam Malaysia. 😂
Deletesama juga sini.. 23rd Sep Parcel has been loaded onto transport at station.. sampai sekarang lol.. last time buy using sea shipping d, hari hari check delivery status pun penat 😂
DeleteKann. Saya dah serik dah nak guna lepas ni.
Deletesedikit update dari rasa ingin tahu
ReplyDelete02-10-2021 23:13
Parcel has arrived at station: KUL HUB (MYS_BEST:60850090994785)
23-09-2021 12:00
Parcel has been loaded onto transport at station
08-09-2021 04:03
[China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
07-09-2021 22:28
[China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
07-09-2021 21:58
[China] Sender has shipped your parcel
06-09-2021 13:52
[China] Sender is preparing to ship your parcel
sampai jgk malaya..
Tahniah! Tapi lama jugak masa nak masuk Malaysia tu.
DeleteNak tanya, kalau kenyataan parcel has been loaded onto transport at station tu maksudnya masih kat china ke?... saya da beli kt shopee... tak perasan ter klik sea shipping...
DeleteSetahu saya, kalau ada 'at station' tu, maksudnya barang dah ada kat Malaysia.
DeleteTapi masa chat dengan Shopee, katanya masih ada kat China. Pelik jugak sebab lama bebenor masih kat China. 🤔
Alamak dulu terlepas. First and last lah . Not really recommended
ReplyDeleteBetul. Untuk beli barang biasa, memang tak recommended sangat. Better guna normal shipping. Bayar lebih sikit, asal puas hati.
DeleteNak tanya, kalau sea ship dr mlysia ke sabah, estimate brp hri ye smpai
ReplyDeleteBergantung jugak. Biasanya dalam masa satu hingga 3 minggu.
DeleteTerima kasih share pengalaman... Sy x sengaja tertekan sea shipping... barang pn belum smpai... Order dr 23 September...
ReplyDeleteTu pernah jadi kat saya baru-baru ni. Order barang dari China. Sistem auto pilih Sea Shipping. Nasib baik perasan dan terus tukar.
DeleteAku teroder sea ship ni. Bertolak 19/10 dan aku nak sampai sebelum 3/11. Mmg x mendapat laaa. Aduh stressnyaa
ReplyDeleteJenuh nak menunggu nanti. 😂
DeleteItu laa. Seller kata boleh sampai sebelum 3/11 tapi masih dlm logistik jugak. Aku dhlah ada urusan penting nk guna parcel tu 4/11. Aduh pening
Delete𝐼 𝑓𝑒𝑒𝑙 𝑖𝑡😭
ReplyDelete😅
Delete19 Oct - sender is preparing to ship your percel
ReplyDelete20 oct- percel has arrived at shanghai sorting centre
1 nov - percel has been loaded onto transport at station
** yg atas sekali tulis Terima pada 18 Nov 2021
Soalan saya, adakah akan Terima sebelum 18nov? Atau selepas 18 Nov.. Aduiii susah hati ni.. 19 Nov nak balik kedah😭
Saya punya ambil masa 21 hari dari China. Kalau takde masalah, mungkin barang tu akan sampai sebelum 18 November.
Delete05-10-2021 18:23
ReplyDeleteParcel has been delivered View Proof of Delivery
05-10-2021 11:36
Parcel is out for delivery
04-10-2021 14:52
Parcel has arrived at station: TRTGG
04-10-2021 08:28
Parcel has departed from station: KUA DC
04-10-2021 08:14
Parcel has arrived at station: KUA DC
04-10-2021 01:53
Parcel has departed from station: KUL HUB
02-10-2021 23:13
Parcel has arrived at station: KUL HUB (MYS_BEST:60850090994785)
23-09-2021 12:00
Parcel has been loaded onto transport at station
08-09-2021 04:03
[China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
07-09-2021 22:28
[China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
07-09-2021 21:58
[China] Sender has shipped your parcel
06-09-2021 13:52
[China] Sender is preparing to ship your parcel
sila la wat rujukan yea
siot lah sampai sebulan ke
Deletesaya punya lagi teruk ni
mugkin lebih sebulan sebab lepas sepuluh hari baru dia nak sampai kat sorting centre, parcel oang lain ambk sehari dua je
31-12-2021 01:54
[China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
30-12-2021 14:14
[China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
20-12-2021 21:47
[China] Sender has shipped your parcel
20-12-2021 18:13
[China] Sender is preparing to ship your parcel
Ada tak yg dari Sabah/Sarawak pakai sea shipping sni tapi barang dari semenanjung..Agak² makan masa berapa lama tu..
ReplyDeleteYang ni saya pernah tanya Shopee. Katanya at least seminggu makan masa.
DeleteDh cuba dulu. Dr smnjg ke swk. Ada dlm 2 minggu baru smpai.kalau sabar & x urgent blh je guna. Jimat duit 😆😅
DeleteKann. Dan barang tu better bukan barang mahal. Kang naya pulak menunggu lama.
DeleteDh sebulan tak sampai2...status 'parcel been loaded onto transport' xtau pe status sebenar dia. Kena extend shopee guarantee lg 3hari. Arap sempat la sampai sebelum abis date dia.
ReplyDeleteTak pasti kenapa lambat sampai tu. Tak silap, Shopee 2 3 menjak ni duk promote Sea Shipping.
DeleteSaya ter ship makeup nars guna sea shipping ingat murah macam best rm1.50 ya allah apakah ini malapetaka kebuduhan diri sendiri aku bertaubat kepada tuhan seluruh alam
ReplyDeleteAlahai. Takpe. Nanti boleh sama-sama berjanggut menunggu ketibaan barang order. 🤭
DeleteParcel saya dari 20 december belum sampai pun kat sorting centre. Agaknya dah sedang berlayar atas kapal ke belum
ReplyDeleteHujung tahun ni rasanya barang dari China lambat sikit dari normal. Mungkin sebab sales hujung tahun yang berlambak.
DeleteAh nak nangis lambat gila dahla ada dua parcel yang dia auto letak sea shipping saya tak perasan sobsob
ReplyDeleteTakpe. Anggap ni pengalaman berharga untuk masa depan. 😅
Deletesaya baru mencuba dan sedang mencuba hahahaha brng tak sampai lagi. terpaksa guna sbb nak free shipping n promo punya pasal. hadap je lah. seller start post 18hb dec haritu smpi skrng masih blom smpi. i think ni first and last hahahahaha serik dah.
ReplyDeleteMemang serik. Saya pun memang sekali je guna walaupun next time ada free shipping lagi.
Delete
ReplyDelete03-01-2022 05:46
Parcel has arrived at station :PKG HUB(MYS_BEST:60850143460197)
24-12-2021 12:00
Parcel has arrived at station
15-12-2021 12:00
Parcel has been loaded onto transport at station
09-12-2021 15:39
[China] Parcel has departed from Yiwu sorting centre
09-12-2021 02:26
[China] Parcel has arrived at Yiwu sorting centre
08-12-2021 11:09
[China] Sender has shipped your parcel
07-12-2021 09:14
[China] Sender is preparing to ship your parcel
berjangut menunggu... pertama kali kena nok murah... padan muker aku hahaha..PKG tue kat mana.. port kelang ker...
DeleteBetul. Port Klang.
DeleteSaya memang takkan guna dah Sea Shipping walau delivery percuma sekalipun. Serik dah menanti.
weh aku dah oder makeup nars tu lagi seketul bayar je shipping rm4 sebab tak tahu lah yang lagi satu tu akan sampai ke tak nak bergolek golek dah ni serik weh
ReplyDelete31-12-2021 01:54
[China] Parcel has departed from Shenzhen sorting centre
30-12-2021 14:14
[China] Parcel has arrived at Shenzhen sorting centre
20-12-2021 21:47
[China] Sender has shipped your parcel
20-12-2021 18:13
[China] Sender is preparing to ship your parcel
Yang ni kalau nasib baik, dapat hujung bulan ni. Kalau tak, bulan Februari lah jawabnya. 😅
DeleteBaru je try sea shipping dari k.l ke sabah. Dah seminggu tunggu 😂. Tapi rasanya berbaloi sebab tambanh standard delivery lebih mahal dari harga barang yg dibeli, adakah patut tambang cecah rm50, barang baru rm32, sea shipping kos rm8, so jimat banyak, terpaksalah tunggu
ReplyDeleteKalau macam ni, berbaloi guna sebab harga shipping tersangat murah. Kalau harga lebih kurang, memang menangis lah menunggu.
Delete