Isu kartunis Ujang dengan CESB, Kharisma, MOY, Nyla dan LCP.


Bukan peminat kartun Malaysia lah kalau tak tahu isu yang masih tak kesudahan ni. Membesar dengan majalah Gila-Gila, Ujang dan Apo? buatkan aku tak dapat lari dari terlibat untuk jadi penyisat ala Detektif Conan.

Aku malas nak cerita panjang lebar. Risau cerita ditokok tambah. Entah mana fakta, mana auta. Kalau rajin, selidik lah sendiri. Cuma nak bagitau beberapa syarikat yang terlibat dalam kemelut ni.
  • CESB: Atau nama penuhnya Creative Enterpise Sdn. Bhd. merupakan syarikat pertama Ujang bekerja sebagai kartunis.
  • Kharisma: Atau nama penuhnya Kharisma Publications merupakan syarikat di mana tertubuhnya majalah Ujang.
  • MOY: Atau nama penuhnya MOY Publications Sdn. Bhd. merupakan syarikat Kharisma yang ditukar nama setelah kartunis Ujang keluar.
  • Nyla: Atau nama penuhnya Nyla Sdn. Bhd. merupakan 3rd party company yang memegang lesen untuk terbitkan Majalah Komik Upin & Ipin.
  • LCP: Atau nama penuhnya Les' Copaque Production Sdn. Bhd. merupakan pemilik sah Upin & Ipin.

Kemelut sebenar yang dialami kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, hanya mereka yang bekerja secara langsung dengan dia atau sekeliling dia je yang tahu. Dari dia zero, jadi hero, sampai lah dia jadi zero balik.

Banyak kisah yang terungkai. Kalau siasat dalam portal dan forum, bersepah yang membincangkan pasal dia. Tak dinafikan Ujang antara kartunis Malaysia yang terbaik. Dikatakan kehebatan skil yang dia ada, mampu cungkil bakat kartunis muda hingusan hingga tahap maksimum.

Tapi makin aku baca, makin pening. Sedih pun ada. Ye lah. Kau bayangkan dia hebat dan digeruni suatu ketika dulu dalam industri kartun, tetiba jatuh muflis. Sampaikan nak melukis semula pun tak boleh.

Lepas aku baca beberapa artikel, sama ada side Ujang mahupun side mereka yang bekerja bersama Ujang suatu ketika dulu, dapat aku simpulkan point penting yang boleh digunakan dalam kehidupan.
  1. Masalah attitude. Selagi kita mampu jaga attitude walau kat mana pun kita berada, insyaAllah hidup kita akan tenang dan diberkati.
  2. Jangan letak kepercayaan 100% kepada kawan. Jangan. Kena ada rasa curiga. Selalu dengar term kawan makan kawan kan? Ada sebabnya kenapa term tu wujud.
  3. Wajib ada ilmu mendalam tentang harta intelek (intellectual property). Bila kita buat bisnes, kena tahu apa tu harta intelek atau copyright. Jangan ambil mudah.

Kes ni setahu aku sampai sekarang takde jalan penyelesaian. Salah satu sebab, bila Ujang atau pekerja lama yang keluarkan kenyataan, MOY sendiri takde pulak buat kenyataan balas bagi menyokong atau menolak dakwaan yang tak betul. Kesannya, isu ni akan sentiasa berlegar-legar kat mana-mana.

Post a Comment

10 Comments

  1. point nombor tiga tu penting, terutama mereka yang terlibat dalam bidang kreatif. lagi satu, company kena buat audit betul-betul. nampak remeh tapi kena rekod setiap transaksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Industri kreatif ni memang tak lari dari harta intelek atau copyright. Silap hari bulan, makan diri.

      Audit sangat penting. Sebab tu ada kes-kes tertentu, khidmat forensic accountant diperlukan.

      Delete
  2. ada jg baca kisah hidup Ujang, kesian kan...ada nampak dia di Rumah Kartun haritu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia salah, dia dah terima ujian. Kalau dia tak bersalah, semoga dia terus kuat untuk terus berkarya.

      Delete
  3. Banyak versi dia... tapi go on ja. skrg industri komik tempatan mkin lup. Hanya Gila-Gila stil bertahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Majoriti majalah komik tempatan dah berkubur. Semoga ada sinar baru untuk hidupkan semula.

      Delete
  4. betul, memang tak ramai lagi yang cakna dengan harta intelek. Dan kalau ada yang tahu pun ramai yang pilih untuk tak daftar sebab kos yang tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak. Kos tinggi. Tapi diorang kena jugak fikir jangka masa panjang. Kalau tak, naya nanti.

      Delete
  5. 3 point yang dikongsikan tu memang penting terutama sekali yang no 3 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya semua pengkarya wajib tahu dan setiap company wajib ambil berat pasal ni. Nanti ada yang ambil kesempatan.

      Delete