Baru je tadi aku nampak kejadian jenayah tumbuhan. Letupan buah peria katak yang memercikkan semua bijinya ke serata tempat.
Awal bulan ni aku ada buat entri pasal aku tanam pokok peria katak kat laman rumah. Buahnya kecik elok je waktu tu.
Semalam masa aku jengah, buahya kuning. Aku terlambat petik. Aku biarkan kat situ sebab dah tak boleh buat apa dah. Tapi tak sangka pulak buah peria tu boleh meletup.
Imej buah peria katak sebelum meletup. |
Tinggal 2 ketul ni je. |
Habis hilang biji peria entah ke mana. Yang tinggal hanya 2 ketul je yang sempat aku selamatkan. Tu pun semut dah hurung. Biji lain aku tak tahu lokasinya. Burung ke yang ambil makan? Atau semut yang angkut masuk sarang?
Buah peria ni kalau masukkan dalam peti sejuk, elok je tak meletup. Paling tinggi pun warnanya bertukar kehitaman. Mungkin suhu panas yang buatkan peria katak kat luar meletup?
18 Comments
Memang itulah cara semulajadi ia menyebarkan biji benih
ReplyDeleteBetul Wak. Harap biji-biji yang tak jumpa tu tumbuh elok lah jadi pokok.
DeleteNanti ada la anak peria katak tumbuh tang mana-mana tu.
ReplyDeleteKann. Kena perhati betul-betul ni.
DeleteItu cara utk pokok peria mencambahkan biji benihnya BK...
ReplyDeleteBetul tu. Saya pun baru tahu pasal ni.
Deleteesok lusa silap2 bercambah pokok peria baru
ReplyDeleteHarap macam tu lah. Tapi sekarang tengah musim panas. Tanah kering-kontang. Tak tahu lah berjaya tumbuh ke tak.
DeleteDulu pokok peria katak pernah ada kerana tumbuh sendiri. Comel-comel jer buahnya.
ReplyDeleteSaya follow sini :)
Untung dapat pokok free.
DeleteTerima kasih sudi follow. 😀
ohh boleh meletup.. ingatkan kena makan dengan burung
ReplyDeleteItu lah. Saya ingatkan macam tu jugak. Tapi pernah terbaca komen rakan blogger pasal letupan peria ni.
DeleteOh gini cara peria ni sebar biji benih dia....Ni cerita pokok betik kat rumah saya. Saya tak tanam betik pun tapi ada sepohon pokok betik tiba2 tumbuh kat rumah saya. Bila tengok kiri kanan ada jiran sebenarnya tanam pokok betik. Mungkin ada burung makan betik tu dan melepas pulak kat rumah saya.....akhirnya tumbuh pokok betik kat rumah saya.....
ReplyDeleteRezeki salah alamat ke tu? 😅
DeleteTapi bagus lah. Boleh makan jugak tak perlu minta dengan jiran.
bergegar tak ms meletup tu?
ReplyDelete🤣🤣📏
Kalau bergegar memang tak berani lah nak tanam dah peria ni. 😂
Deletemacam bunga keembong kan..meletup untuk pembiakan. teringat zaman belajar sains. moga ada rezeki lain
ReplyDeleteDulu-dulu cikgu Sains memang akan ceritakan pasal pokok keembung yang meletup-letup. Peria tak pernah diceritakan. 😓
Delete