Tadi singgah Mydin. Ramai betul lautan manusia. Troli pun penuh dengan barang keperluan yang diorang beli. Paling ramai beratur kat kaunter MyKasih yang ada 4 kaunter dibuka.
Aku usha apa yang perlu beli. Takde apa. Semua keperluan raya dah siap beli minggu lepas. Jajan raya dah beli online. Masa pusing salah satu rak, aku tertarik dengan benda alah ni: Serbuk Puding Perisa Cendol.
Nampak menarik. Tak pernah aku makan puding perisa cendol. Harga RM3.60. Aku ambil sekotak tu masuk dalam bakul. Dalam hati, bila sampai rumah, nak terus masak. Lepas tarawih boleh makan.
Nak masak senang je. Campurkan sebuk puding ni dalam sukatan air menggelegak yang diberitahu kat belakang kotak. Bila dah larut, masukkan dalam acuan atau bekas. Simpan dalam peti sejuk.
Lepas tarawih, aku cairkan gula melaka pulak. Nak tuang atas puding cendol tu. Takde lah nampak kosong nanti. Rasa puding ni memang betul rasa cendol. Ada rasa santan dan gula melaka. Macam agak manis. Tapi masih boleh telan.
Tekstur puding cendol ni memang fluffy. Tak lembik, tak keras. Mungkin jugak sebab aku ikut sukatan yang betul. Sekotak puding ni untuk makan 2 orang boleh lah. Kalau nak makan ramai, kena beli lebih.
14 Comments
waahhh fluffy tu yg kita mahukan hehe
ReplyDeleteSekali ngap dah licin. 😄
DeleteWaduhhhh mesti menari nari ni masa nak kena sudu hahha :D
ReplyDeleteBukan je menari, siap zumba lagi ni. 😂
Deletewah menarik nmpknya tu..tkpernh jmpa lg produk ni..nanti bole try
ReplyDeleteMungkin tak semua pasar raya ada jual. Setakat ni, jumpa kat Mydin je.
DeleteFirst time tengok ni, boleh cari nanti. Sedapnya makan sejuk2 kan.
ReplyDeleteBetul. Makin sejuk makin sedap.
DeleteEh, tengok kejadian macam menarik je. Ini kalau nak buat rasa-rasa ni boleh sangatlah kan.
ReplyDeleteKann. Tapi kesedapannya buatkan saya nak repeat order lagi. 😆
DeleteNampak menarik puding cendol ni .
ReplyDeleteMenarik dan sedap. 😄
DeleteFirst time ni tahu.. Menarik untuk dicuba..
ReplyDeleteKann. 😀
Delete