Kisah sedih ringkas #3: Buang sampah merata.


Masa pergi kedai runcit. Dari jauh aku nampak ada sorang lelaki dewasa atas motor sambil pegang aiskrim betul-betul depan pintu kedai. Tepi dia ada sorang budak lelaki. Anak dia barangkali. Mungkin baru prasekolah sebab budak pra kat sini balik awal.

Buang sampah sesuka hati


Masa nak masuk kedai, aku terkejut. Lelaki tadi buang plastik aiskrim kat lantai depan kedai. Tanpa segan silu. Tanpa rasa bersalah. Tanpa tengok sekeliling cari tong sampah. Padahal tong sampah ada. Depan dia.

Anak pun follow sekali


Aku geram tengok. Memang takde sivik betul orang ni. Aku ingatkan sampai situ je. Betul-betul aku melangkah masuk kedai, aku nampak kat hujung mata aku yang budak sekolah tu pun buang plastik aiskrim kat lantai.

Aku geleng kepala sambil masuk. Niat hati nak je aku tegur 2 ekor beruk (maaf terkasar) tu. Tapi bila fikir balik, jenis takde sivik macam ni, buang masa kita tegur. Nanti kita pulak yang dimakinya.

Anak cerminan ibu bapa


Aku sedih. Sedih sebab tengok cara bapak tu didik anak dia. Sedih tengok generasi akan datang yang membesar atas perangai buruk orang tua dia. Anak-anak adalah cerminan ibu bapa.

Kadang aku marah. Orang macam ni dengan perangai buruknya. Orang kahwin, dia sibuk nak kahwin. Orang ada anak, dia sibuk nak anak. Tapi tak pandai jaga anak. Merosakkan generasi akan datang. Semoga golongan macam ni dijauhi daripada terjangkit dalam keluarga aku. 

Post a Comment

22 Comments

  1. Aihhh terasa naik angin pulak baca kalau orang buang sampah macam tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa jugak waktu tu. Nasib baik mampu sabar.

      Delete
  2. sama laa macam yg merokok
    suka2 dia je buang puntung merata2...
    rs nak sumbat je puntung tu dlm lubang hidung dia!!!

    ReplyDelete
  3. SS selalu nampak masyarakat begini di kawasan kediaman SS. Entahlah...kadang tu masalah sivik macam ni kita tak larat nak cegah.

    Ada satu hari tu sebelum naik lift seorang budak sekolah rendah dah puas minum setin air, ditinggalnya tin depan lift. SS habis cegil dah mata tunjuk kutip balik tin tu, dia menyengih macam kerang busuk. Haih...kecewalah. Semoga kita semua dijauhi daripada masyarakat dan komuniti begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak minum sangat. Tapi sivik kelaut. Padahal boleh je ambil tin dan buang dalam tong sampah. Kalau takde tong sampah, bawak masuk rumah tin tu.

      Delete
  4. Memang sangat menyedihkan. Tak sangka, masih ada warganegara yang bersikap sebegini. Memalukan!

    ReplyDelete
  5. Rasa nak katok je tangan depa tu!

    ReplyDelete
  6. ambil balik sampah dia buang tu, buang dlm tongsampah seiring dgn kata-kata pedih depan muka dia. pengotor.
    stres tgk orang buang sampah dari dalam kereta, menyirap ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas diorang blah dan saya keluar kedai ambil plastik tu masukkan dalam tong sampah.

      Delete
  7. Sampai sekarang takleh faham dgn tabiat org yg suka buang sampah merata rata ni. Paling parah bila tong sampah tu ada depan mata sndiri pun malas jugak nk buang di tmpt yg disediakan.

    Common sense is not common anymore agaknya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dah dididik dari rumah macam tu. Sampai kat luar pun buat benda sama.

      Delete
  8. tapi kalau kita komen dekat orang tua bagaimana orang tua mendidik anaknya, pasti orang tua akan berkata :

    "yang buruk ko nak ikut. yang baik tak nak pulak ko ikut. mak suruh ko solat pun ko tak ikut. bukan semua ko komen tu buruk macam tak pernah ada sisi baik"

    kena compare agama dengan adab/ kelakuan pulek HAHAHHAHAHAHA. terus surrender lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua macam ni, boleh tahan lagi. Tapi orang tua yang ajar anak bukan-bukan, tu yang tak patut.

      Delete
  9. Ingat ke, akak sorang ada rasa camtu. Itu la pasal budak-budak sekarang takde adab. Sebab orang tua depa pun takde adab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat bila tengok depan-depan. Harap budak tu besar nanti tak ikut perangai buruk bapaknya.

      Delete
  10. tu mmg geram jeeee ibu bapa yg jenis cmni. anak pun ikut je apa ibu bapa buat T_T

    ReplyDelete
  11. Nampak sangat dah biasa buat begitu. Memang sedihlah kalau jenis mak bapak begini. Kesian anak anak tak diajar sebaiknya. Dari kecillah kena ajar anak supaya tak terbawa bawa perangai yang tak elok sampai besar nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang saya bebel setiap kali ingat pasal ni. Entah kenapa sanggup bapak tu buat macam tu sampai anak pun ikut.

      Delete