Pengalaman masuk Pesta Buku Kelantan 2025.


Hari ni baru aku sempat nak buat entri pasal pesta buku ni. Walaupun pesta buku ni dah melabuhkan tirai minggu lepas, tapi bau buku baru tu masih tergiang-ngiang lagi.

Pesta Buku Kelantan 2025 ni anjuran SMO Bookstores yakni kedai buku top kat Kelantan. Start hari Khamis lagi. Aku pergi sana hari Sabtu.

Boleh tahan ramai


Memandangkan hari minggu, memang boleh expect lah sesaknya macam mana dalam tu. Orang awam dan pelajar sekolah masing-masing serbu pesta buku ni.




Aku datang sini dengan niat nak tengok apa yang menarik. Takde niat pun nak shopping sakan. Kalau ada benda menarik dan berbaloi, aku beli. Kalau tak, tengok je lah. Masuk kan percuma.

Cari komik


Macam biasa, tiap-tiap tahun pasti akan ada booth komik. Ye lah. Nak tarik perhatian budak sekolah, harus lah kena ada something yang diorang minat. Kalau penuh dengan buku rujukan atau buku latihan, aku pun pening.














Antara booth komik yang ada dalam tu termasuk lah PTS, Komik-M, Sasbadi, Gempakstarz dan Armoni Gold Mind (Ejen Ali). Banyak barang yang diorang jual. Sampai aku tengok pun fikir banyak kali. Kang risau licin poket nanti. 😭

Komik terbaru takde


Booth Komik-M besar. Ada kat pintu masuk dan kat tepi pentas. Komik pun memang banyak lah. Tapi sayang. Komik paling baru diorang tak masukkan. Puas aku cari api takde. Siap tanya bos booth tu lagi.

Antara komik yang aku cari komik Aku, Kau & Takraw #1: Libasan Gulung dan jugak komik Aku, Kau & Badminton #2: Aura Juara. Kedua-dua komik ni baru terbit awal bulan Mac dan April. Ingatkan pesta buku ni ada jual.


Sama jugak macam booth Gempakstarz. Aku cari komik terbaru. Tak jumpa. Tiap tahun macam tu. Aku tak pasti SMO inform ke tak Gempakstarz untuk dapatkan komik terbaru yang Gempakstarz terbit, bukan komik terbaru yang SMO jual. Lain tau.

Promo dan free gift pun takde


Tahun lepas jugak Gempakstarz rajin bebenor buat promo. Ada free gift sampul raya dan recycle bag. Tahun ni, aku tanya staff yang jaga situ pasal free gift. Diorang kata takde. Sedih betul.

Nak cerita panjang, aku rasa pesta buku ni lebih kurang sama je macam tahun-tahun lepas. Ada penulis buku dan pelukis komik yang join untuk sesi ramah mesra dengan peminat. Ada jugak yang duk kat booth masing-masing untuk promote buku.

Tahun ni takde peluang aku nak selfie dengan diorang kat booth. Ada yang datang lambat, ada yang buat program luar. Rugi lah diorang. Kalau diorang ada, memang aku akan beli buku kat booth diorang.

Booth novel


Memandangkan aku bukan lah peminat fanatik novel, jadi aku tak luangkan sangat masa kat bahagian ni. Sekadar tengok-tengok kot ada benda menarik.





Antara novel terbaru yang ada kat sini datangnya daripada penulis Ramlee Awang Murshid aka RAM. Terbaru, ada Edisi Terhad Set Sunan II yang baru je keluar.


Selain tu, ada jugak komik Bagaikan Puteri Vol 2. Aku pernah beli Vol 1 masa PBAKL tahun lepas. Tu pun mintak tolong orang belikan sebab nak dapatkan photocard percuma. Vol 2 ni takde pulak photocard. 😭

Cuba air kopi dan coklat Inteam


Antara benda baru yang aku jumpa: booth kumpulan Inteam. Diorang jual produk minuman kopi dan coklat. Alang-alang dah ada kat situ, aku pun cuba lah.


Ada 2 jenis air: air kopi dan air coklat. Sejuk. Aku suka air kopi sebab rasa kick. Tapi air coklat tu pulak macam manis sangat. Staff tu kata dia letak gula lebih. 😓

Ada cabutan bertuah


Lepas beli barang, kena ikut laluan yang diorang buat. Kat hujung laluan, ada staff yang duk bagi slip cabutan bertuah.



Setiap pembelian RM10 akan dapat seketul slip. Slip tu nanti isi lah apa yang perlu dalam tu dan masukkan dalam tong cabutan bertuah yang diorang letak belah tepi.

Dapat bookmark dari United Publishing House (UPH)


Antara benda menarik kali ni yang aku nak sangat adalah sesi kumpul merchandise. Tahun lepas gigih aku tanya staff pasal bookmark. Tahun ni, masa masuk ada staff bagi bookmark dari komik-komik UPH.



Aku apa lagi, terus tanya diorang ada lagi ke tak. Diorang bagi banyak. Katanya takde orang nak. Aku macam pelik jugak. Kalau kat pesta buku besar belah KL dan Selangor, benda macam ni lah peminat nak. Bukan senang nak dapat.

Dapat jugak bookmark SMO


Aku tercari-cari jugak merchandise khas sempena pesta buku ni dari SMO. Tapi takde. Yang ada pun, macam kipas tangan apa entah. Tapi tu macam umum sangat. Bukan versi pesta buku ni.


Aku pun pergi kat kaunter yang ada staff SMO. Tanya bookmark SMO. Ada. Mulanya staff situ macam nak tak nak bagi kat aku. Mungkin benda ni dapat bila buat pembelian tertentu. Lepas aku bagitau yang aku nak buat koleksi, dia terus bagi. 😁

Beli lah sikit


Tak banyak pun aku habiskan duit. Ada beberapa buku dan komik yang menarik perhatian aku dalam tu. Boleh je beli online tapi risau pulak buku rosak masa delivery. Buang masa nak buat return refund bagai.

Lagipun sini ada promo. Untuk ahli dapat 20% diskaun. Bukan ahli pulak dapat 10% diskaun. Bila lagi nak dapat barang baik macam ni kan?




Semua ni aku tak sempat nak baca. Balik rumah, keluarkan dari plastik SMO, snap gambar dan terus masukkan dalam box. Nak baca buku, kena ada mood. Kalau tak, tak syok sebab tak boleh fokus. 😂

Post a Comment

22 Comments

  1. Meriah juga nampaknya tu...
    Nanti ada kelapangan boleh turun PBAKL BK. Lagi meriah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meriah kat sini. PBAKL tu selalu missed. 😌

      Delete
  2. saya kalau pergi pesta buku pun mesti nak singgah gempak starz punya
    pbakl pun start hujung bulan 5 ni, tktaula dapat pergi ke takk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Booth Gempakstarz banyak komik, novel dan barang menarik. Lagi-lagi bila event besar.

      Delete
  3. Suka gak bila dapat bookmark.
    Lama plak tak baca Lawak Kampus.. dulu anak lelaki buat collection. Sekarang macam dah tak beli je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dah beralih angin. Tapi kalau baca semula, pasti melekat kembali. 😅

      Delete
  4. Meriah tu ramai orang. Seronok pergi pesta buku ni. Banyak pilihan buku dan harga pun murah-murah lah juga dari biasa.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya ke pesta buku. Kalau pergi, mesti borong buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni pasti. Simpan duit dari awal untuk borong sakan. 😆

      Delete
  6. Zaman mencabar sekarang ini...untuk baca buku perlu kerajinan luar biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rajin dan ada masa. Kalau tak, jadi pekasam lah.

      Delete
  7. best-best, nampak macam tenang sangat je tu, tapi bila pergi fuh! berlaga dengan orang lain bila berjalan.
    hujung bulan ni bermula PBAKL, PWTC cambiasa, tgh fikir ni nak pergi ke tak, hahaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini tak macam tu. Selamat lagi. PBAKL memang akan berlaga. Sesak lain macam.

      Delete
  8. nampaknya kena trn KLIBF laa mggu dpn. baru dpt byk komik baru kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak barang baik kat sana. Berlumba-lumba company jual barang baru.

      Delete
  9. Replies
    1. Antara muka famous sebelum zaman TikTok. 😂

      Delete
  10. Cuya lama tak berkesempatan utk ke pesta buku. Sekarang beli online jer. Moga ada peluang untuk Cuya ke pesta buku satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Sekali-sekala pergi pesta buku memang best.

      Delete
  11. Comel-comel bookmark dari komik UPH. Dah lama tak ke pesta buku. Boleh duduk lama, tengok buku apa menarik. Last sekali pergi, yang Big Bad Wolf buat, di Ipoh. Macam-macam ada, bukan setakat buku. Pitih je kena banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BBW sini tak buat dah. Last diorang buat tahun 2022. Bila masuk, sejam tak cukup. 🤣

      Delete