Cukup pantas masa berlalu. Sedar tak sedar, dah muncul kembali pesta buku PBAKL. Buku yang aku beli tahun lepas pun ada yang belum baca lagi. 😄
Macam biasa, PBAKL tahun 2025 ni dibuat kat WTCKL. Tempat ni bukan besar tau. Tapi tersangat besar. Ada beberapa aras dan booth atau reruai yang takkan boleh kira dengan jari.
Aku pernah sesat kat situ masa pergi lama dulu. Nasib baik ada staff tolong. Kalau nak harapkan papan tanda, alamat tak balik lah nanti. 😭
Tahun ni aku tak dapat pergi. Walaupun banyak promo menarik tapi barang yang aku nak, ada jual jugak dalam Shopee (ayat sedapkan hati).
Ada beberapa booth yang menarik perhatian aku. Antaranya Gempakstarz (wajib singgah kalau aku datang sini), Popular, Bekazon, Hilal Asyraf dan Sasbadi.
Gempakstarz
Booth komik paling besar. Banyak promo menarik, tertarik dan kebaboom tiap kali diorang bukak booth kat sini. Peminat komik pasti pening lalat sebab banyak sangat pilihan komik, novel ringan dan merchandise yang ada.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tahun ni entah kenapa banyak betul diorang jual benda baru. Lagi banyak dari tahun-tahun sebelum. Mau licin poket kalau beli semua benda baru tu. 😑
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Gambar atas tu semua benda baru sempena BPAKL. Banyak betul komik yang diorang terbit. Tak terkejar aku nak beli. Komik Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen pun aku tak sempat langsung beli. Sekarang masuk komik Blue Lock pulak.
Popular
Komik kat sini walaupun diterbitkan oleh Gempakstarz, tapi hanya Popular je yang diberi lesen untuk jual secara rasmi. Company lain tak boleh jual. Even Gempakstarz pun tak jual mana-mana item eksklusif Popular.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Boleh tahan banyak komik baru yang Popular jual. Tapi tahun ni, aku tak nampak lagi item eksklusif pesta buku yang Popular jual. Tahun lepas, ada komik Lawak Kampus versi pesta buku.
Bekazon
Ada 3 item baru yang Bekazon jual sempena pesta buku ni: Bumper New-Stalgia Trobek Puasa Raya 2025, Koleksi Selangkah Ke Alam Misteri dan Koleksi Nornilam Sari.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tapi kan ... aku pelik kenapa Bumper New-Stalgia Trobek Puasa Raya 2025 tu baru jual? Padahal tiap tahun, Bekazon akan jual dalam bulan puasa. Tahun ni, sangat lewat. Adakah sempena raya haji? 😂
Hilal Asyraf
Kat sini memang jadi kegilaan peminat novel. Sampai ada yang sanggup spend beratus-ratus fulus. Tapi kalau dah minat nak buat macam mana kan? Tanah pun sanggup digadai (gurau).
![]() |
![]() |
Photocard pun ada tau. Jangan memain. Barang baru. Gambar watak-watak Nirnama. Nampak menarik betul. Jarang ada novel atau komik yang buat macam ni.
Sasbadi
Ramai yang tahu kan company apa ni. Tapi ramai jugak yang tak tahu kat sini pun ada komik Keluang Man. Under Sasbadi ni, ada syarikat Pinko Creative. Komik-komik Keluang Man, diorang lah yang terbitkan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Yang rare nya, komik Keluang Man ada 2 versi bahasa: BM dan BI. Menarik. Belum pernah lagi aku baca komik Keluang Man dalam versi English.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Selain tu, ada jugak komik Si Juki. Komik ni asal dari Indonesia. Aku dah lama nak baca komik ni. Entah kenapa, sampai sudah tak beli. Ada jual kat Shopee tapi versi Indonesia.
Selamat membeli dan membaca
Walaupun aku tak dapat pergi, tapi no hal. Boleh beli kat Shopee. Tambah tolak voucher dan coins, lebih kurang je harga. Cuma lagi best sebenarnya kalau dapat pergi ke pesta buku. Selain dapat bau helaian kertas buku, dapat jugak jelajah dan usha benda menarik kat situ.
18 Comments
Dulu pernah bertugas di PBAKL ni. Seronok dapat visit booth by booth then dapat souvenir dari booth sebelah² :)
ReplyDeletePengalaman berharga tu. Untung betul.
DeleteCuya cuma mampu berangan utk ke pbakl. Tk pernah seumur hidup jejak ke sana. Moga satu hari nanti dapat ke sana
ReplyDeleteAmin. 🤲
Deleteboleh juling biji mata kalau pegi PBAKL ni hehehe
ReplyDeleteItu yang risau jugak. 😥
Deleterambang mata, penatnya pergi sini sebab nak kena tengok sekeliling, pastu nak berjalan mengharungi umat yg ramai. kadang da jumpa booth pun rasa booth tu jadi halimunan. adeih! tahun ni anak sulong ajak pergi dgn kawan2nya, tengok mcm mana nnt.
ReplyDeleteSebelum bukak, kena ada kat sana. Mesti tak sesak. 😂
DeletePernah sekali pergi masa zaman sekolah, PBAKL. Best sangat, jalan-jalan tengok macam-macam di PWTC. Waktu tu, nama lama lagi. Sasbadi tu, dulu banyak buku rujukan je beli. Rupanya sekarang Kluang Man pun bawah dia, ye.
ReplyDeleteBetul. PWTC. Zaman sekarang je dah tukar nama.
DeleteKeluang Man ni baru lagi terbit. Mungkin diorang dapat hak cipta tertentu untuk terbitkan komik under company diorang.
Anak sulung ammi yg dihostel masa call semalam dia cakap pasal PBAKL ni. Tp sorrylah my girl awak tak sempat nak pergi tahun ni sbb dia mula cuti 31.5 (ada camp SPM). Pastu 1.6 ammi dah book campsite pulak
ReplyDeleteBukan rezeki dia kali ni. Next time lah nampaknya.
DeletePatut la nak beli bumper raya haritu takde jual kt bekazon punya shoppee..haha, alamak nak kena pegi PBAKL ke ni? rasa malasnya nak bersesak2..haha. Btw jemput singgah ke blog saya https://syazwantahir.blogspot.com/ , baru start aktif blogging balik
ReplyDeletePasti ada jual nanti kat Shopee.
DeleteTahun ini patutnya Sha bawa Amani ke Pesta Buku tapi tu lah.. Perancangan tinggal perancangan ja.. huhuhu..
ReplyDeleteBila tarikh tak ngam, memang tak boleh buat apa. 😅
DeleteBanyak benda baru tu yang buat dompet nipis tu. hihi...Sasbadi, buku rujukan popular dulu zaman sekolah. Masih ada lagi ye.
ReplyDeleteTahun ni memang banyak barang baru. Kalau nak beli semua, makan nasi berlauk garam lah nanti.
Delete