Terima kasih orang baik.


Apa yang aku bakal ceritakan ni merupakan pengalaman kali pertama aku alami. Selalunya tengok pengalaman orang lain kat medsos. Tak sangka pula terjadi kat aku.

Kejadian dalam kedai ECO


Kisahnya lepas pergi ke pesta buku, aku masuk dalam Ecoshop. Niat nak cari benda baru. Tak banyak yang ada. Tapi aku jumpa semut merah ECO.

Jumpa mainan semut versi bricks


Barang baru ni sampai hari Khamis lepas lagi. Semut merah ni style Lego tapi bricks tu versi kecik. Ada 4 jenis semut kesemuanya.


Aku ambil 4 ketul masuk dalam raga. Tambah lagi 2 ketul minyak gamat. Aku suka beli minyak gamat kat sini sebab menjadi untuk sembuhkan luka dan hentikan pendarahan luka. Total RM15.70 kena bayar.

Kad BSN problem


Kat kaunter tak ramai pun orang. Cuma lambat sikit bergerak kes ada orang paling depan yang beli barang satu troli. Tiba giliran aku, mesin tu tak dapat detect kad BSN aku.

Selalu terjadi. Bukan aku je yang kena macam ni. Pengguna kad BSN yang lain pun sama. Kata staff, memang kad BSN je bermasalah. Kad lain elok.

Aku cuba beberapa kali. Guna PayWave dan cucuk kad. Tak jadi jugak. Tapi staff kata boleh bayar guna QR.

Barang aku dah dibayar


Masa aku kalut bukak phone dan nak scan, barang-barang aku tu dah dibayar. Orang belakang aku tolong bayar. Terkejut aku waktu tu.

Aku risau. Risau kalau dia tolong bayarkan sebab nak cepat. Dalam masa sama, aku risau kalau dia ingatkan aku takde duit. 😭

Lepas tu, aku bagitau dia aku nak bayar semula. Tapi dia tak nak. Dia kata tak apa. Tergamam aku. Rasa serba salah pun ada. Sebab dia insist kata tak apa, aku ucap terima kasih dan balik.

Rezeki aku?


Aku tak pasti ni rezeki aku atau tak. Aku bukan lah kategori sesak. Aku beli pun mainan dan minyak gamat je. Bukan benda yang terlalu penting.

Semoga abang yang tolong bayarkan untuk aku tu sentiasa dimurahkan rezeki dan berada di bawah lindungan Allah SWT. 😀

Post a Comment

24 Comments

  1. Alhamdulillah... Rezeki datang dengan pelbagai cara.

    Pernah juga terjadi beli barang dan bayar pakai cash... masa tu takde lagi guna kad. Sekali tak cukup cash nak bayar dan alihkan tin sardin. Ada plak anak muda kat belakang cakap soh ambil.. dia bayar.. Aiseyyy.. samalah dengan kes BK.. kita bukan takde duit huhu... disebabkan beliau beria, ambil juga. Moga bertambahlah rezekinya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersyukur sangat jumpa orang baik macam ni. Mungkin dia nak sedekah. Nak tak nak, terpaksa jugak kita terima.

      Delete
  2. Semoga murah rejeki orang baik. Dia mudahkan hidup BK, nanti Allah mudahkan hidup dia. Tolong bayar di cashier tak pernah jadi lagi, tapi kat kedai makan pernah jadi pada akak. Pi kaunter nak bayar makan sebelum balik, tengok ada orang sudah bayarkan, orang tu kata. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak macam tu? Mesti golongan baik-baik tu.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Rezeki saudara..
    Semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan orang baik tersebut.. Aamiin..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...
    Linda pernah jadi masa bawa kids pergi beli jajan2 dalam petronas... Bawa 5 orang, termasuk anak buah... Suruh anak pegi bayar, cashier tu gtaw brother yang baru keluar tu dah bayarkan..dalam masa sama.. Anak2 dah beratur dekat cashier, tunggu turn nak bayar.. Patot lah linda tengok brother tu senyum je bila tengok linda... Mesti dalam hati dia banyak betul anak akak nie.. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang macam ni memang payah nak jumpa. Peka dengan sekeliling. Mesti budak-budak tu happy dapat tahu ada orang belanja.

      Delete
  5. wahhh tu lah rezeki tak disangka. moga bertambah rezeki org yg tlg byr tu aminnn

    ReplyDelete
  6. Pernah juga, tengah kelam kabut nak keluarkan duit dan tangan dok pegang anak yg masih kecik masa tu, orang sebelah tolong bayarkan. 2 ringgit je tapi sampai skrg teringat. Yang mampu dibuat, kirimkan doa utk dia; agar murah rezekinya dan mudah urusannya selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Walaupun nilai bayaran tak besar tapi apa yang dia buat tu tak ternilai harganya.

      Delete
  7. Alhamdulillah...rezeki orang tolong bayar :)

    ReplyDelete
  8. mmg betul laa...rezeki tu mmg tak salah alamatnya...

    ReplyDelete
  9. Semoga dimurahkan rezeki buat orang baik-baik. Aminn. Rezeki BK jugak tanpa disangka. InsyaAllah dalam rezeki kita ada rezeki insan lain.

    ReplyDelete
  10. Berkat menjadi baik, orang balas baik dgn kita. Alhamdulillah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang saya fikir. Mungkin saya ada pernah buat macam ni sampai Allah SWT datangkan orang untuk balas semula.

      Delete
  11. Semoga brader tu dimurahkan rezeki. Semoga kita pun boleh jadi mcm abang tu jugak bersedekah kat org lain :D

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...Allah hadirkan orang baik. Rezeki BK ada orang bayarkan.

    ReplyDelete