Semalam masa masuk pasar raya, aku perasan ada tepung goreng ayam baru. Sebelah tepung Bestari. Mulanya aku berkira-kira nak beli. Sebab tepung Puteri ni mahal sikit daripada tepung Bestari.
Tapi sebab nak cuba, aku beli jugak. Ada 2 perisa: Original dan Hot & Spicy. Aku beli perisa pedas. Kebetulan tepung Bestari perisa pedas baru habis aku guna beberapa hari lepas.
Malam tu, tak tahu nak masak apa. Sebab malas dan nak cepat makan, aku masak lah ayam popcorn. Guna potongan isi ayam, celup tepung dan goreng macam biasa.
Sama macam tepung Bestari, tak perlu susah payah guna telur lumur kat ayam. Just buat 2 bekas asing. Sebekas bancuhan tepung basah dan sebekas lagi tepung kering. Perap ayam dalam tepung basah dan sebelum goreng, lumur dalam tepung kering.
Rasa tepung goreng ayam Puteri
Ikut cita rasa aku, ayam yang aku goreng guna tepung ni, boleh tahan rasanya. Pedas tu ada. Takde lah terlalu pedas. Just nice atau pedas manjah gitu.
Cuma kurangnya, rasa tu agak bland. Macam tak cukup rempah. Kalau nak dibandingkan dengan ayam goreng pasar malam, mungkin kat situ lagi sedap.
Secara peribadi, rasa keseluruhan ayam goreng guna tepung Puteri ni not bad lah. Nak kata terlalu sedap tu takde lah. Boleh lah guna untuk makan kat rumah.
22 Comments
Dah cuba, dapatlah tahu rasa dia kan. Lama juga tak beli tepung bestari. Lama tak masak goreng² ni. Brand puteri ni macam belum pernah nampak lagi. Mungkin jarang ke ruangan ni. Jadi tak perasan.
ReplyDeleteTepung ni baru lagi dijual. Masa saya beli tu, tepung ni duk sebelah tepung Bestari. 🤭
DeleteBelum pernah try brand ni...
ReplyDeleteKalau TG Adabi pernah try. Sedap juga bagi PH cuma tak pernah jumpa yg pek besar, selalu yg dlm kotak kecik tu je.
Pernah beli jugak tepung Adabi. Yang pedas. Boleh tahan sedap.
DeleteNampak sedapnya macam ayam goreng kfc
ReplyDeleteBoleh lah. 😭
DeleteUtk mevariasikan rasa boleh la tu... kalau rasa kurang rempah lepas ni kena modified sikit kalau nk celup-celup ayam.. hihihi
ReplyDeleteBetul. Kalau rajin, boleh modify kasi kick rasa.
DeleteNampak sedap. Pandainya dia goreng ayam. Double dip gitu.
ReplyDeleteTerima kasih. Sedap jugak. Pesaing tepung Bestari. 😎
DeletePuteri punya brand ni saya pernah pakai sos cili je. Taktau pulak ada tepung?
ReplyDeleteMana lagi sedap. Tepung puteri atau bon chef?
Dua-dua tu rasa tak sama. Bon Chef rasa kick tapi bila makan selalu, jadi muak. Tepung Puteri setakat ni buat selalu boleh makan lagi. 😄
DeleteBrand Puteri ni, selalu beli cilibohnya je. Tepung salut belum pernah lagi Sebab pilihan pertama kita selalunya Bon Chef.
ReplyDeleteCili tu pernah jugak beli. Spare bila nak cepat guna. 😂
Deletebiasa tgk brand puteri ni cili boh ..ada juga tepung utk celop ayam goreng
ReplyDeleteAda. Produk baru.
DeleteKat rumah biasa tk buat celup tepung.. Biasa buat ayam berempah je. Tapi haritu ada beli tepung bestari
ReplyDeleteSaya suka buat celup tepung. Senang dan cepat.
DeleteCantik betul kejadiannya ayam goreng tu.. ni mesti pakar memasak ni hihii
ReplyDeleteBiasa-biasa je. 🤣
DeleteNampak macam sedap crispy gitu
ReplyDeleteTepung ni memang jadi crispy bila dah siap goreng.
Delete