Minum air nyiur Karta dapat sticker percuma.


Aku suka minum air kelapa aka nyiur. Bila perut meragam atau tersalah makan, aku akan cari air nyiur. Belakang rumah aku ni ada je pokok nyiur tapi ikut kerajinan jugak lah untuk kait tu.

Kalau rajin, aku kait. Kalau tak, aku cari air nyiur kat tepi jalan. Kalau takde, aku cari kat kedai. Selalunya aku beli kat kedai buat stok.


Dalam banyak-banyak air nyiur kat kedai, Karta antara jenama yang aku selalu beli. Sebab rasa air nyiur Karta ni agak lain. Macam ada rasa tebu sikit. Tapi sedap.

Dapat sticker dalam event


Bulan lepas, diorang ada buat event apa entah. Dalam event tu, ada aktiviti yang hadiahnya sticker. Sticker tu lawa tapi event tu takde kat tempat aku. Muram kejap.


Lepas event tamat (tengah bulan Jun), aku perasan dalam Shopee dan Lazada, muncul sticker tu sebagai free gift. Dapat percuma bila beli mana-mana air nyiur Karta.

Dapat sticker beli air online


Aku pun beli lah seketul air nyiur tu. Nak test betul ke tak dapat sticker percuma. Bila sampai order aku, memang betul. Ada sekeping sticker terselit kat air yang aku order.


Mungkin sekarang trend sticker macam ni. Banyak company buat macam ZUS, emart24, AEON dan KFC. Ada yang guna sticker ni tampal kat tumbler dan buku. Ada jugak yang tampal kat laptop dan bagasi.

Next time boleh lah beli lagi air nyiur Karta. Nak kumpul sticker ni pulak. Bukan senang sticker macam ni nak muncul. 😄

Post a Comment

10 Comments

  1. Pernah dapat air kelapa Karta ni dulu, masa masuk event larian. Cuba sikit je, tak kena dengan tekak akak. Huhu..
    Comel je sticker dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dah tu. Air nyiur Karta ni rasa pelik. Jauh beza dengan air nyiur fresh. Tapi lama-lama minum, saya suka pulak. Sebab lain daripada yang lain.

      Delete
  2. tgk ada byk juga air kelapa kotak mcm ni di pasaran, tapi takut tak berkenan di tekak. selagi jumpa yg pior kosong rm5 tepi jalan, beli situ je la.
    agaknya dorang tahu kebanyakan pelanggan mcm saya, suka tampal stiker brand dlm planner. hihiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba dulu. Kalau berkenan dengan tekak, boleh repeat lagi.

      Idea bernas. Dalam planner pun boleh jugak.

      Delete
  3. Suka air kelapa laut. Kelapa muda pun suka juga. Air kelapa dlm kotak mcm ni x pernah cuba lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air macam ni selalu ada kat pasar raya. Kalau nak mudah, beli je online. 🤣

      Delete
  4. Memang sedap air kelapa apalagi yang fresh. Tapi badan ni kalau lupa, minum masa perut kosong, dia buat hal lah naik angin satu badan. Kalau lepas makan, memang best sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hati-hati. Mungkin tak serasi tu bila perut kosong.

      Delete
  5. Pernah cuba air kelapa dalam botol plastik tu. Ada rasa kelapa sikit tapi kurang kena dengan selera. Kena minum air kelapa fresh juga. Tapi kalau kena dengan tekak tu okaylah, sesekali teringin boleh beli. Beli tu lagi senang daripada kena kait buah kan. hihi..Untung juga beli air dapat sticker. Memang trend sekarang. Kalau di Kopi Kenangan dapat sticker kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air macam ni boleh buat stok untuk guna waktu kecemasan. Saya suka buat trial and error. Kalau jumpa yang kena dengan tekak, memang akan terus beli.

      Masih ada lagi ke diorang bagi sticker kucing tu? Kalau ada, kena cari jugak ni. 😂

      Delete