Guna RM100 Penghargaan SARA pergi beli barang dapur.


Tadi aku pergi Ecoshop dan 7e. Alang-alang dah ada kat bandar, aku pergi ke pasar raya. Plan nak beli barang dapur sikit guna duit SARA yang kerajaan bagi tu.


Sebelum pergi, aku call dulu pasar raya tu. Tanya sama ada sistem dah elok ke belum. Katanya dah elok. Jadi, aku pun terus lah ke sana.

Tak ramai orang. Mungkin dah ramai yang beli barang guna duit SARA tu awal-awal. Aku beli air mineral, beras, telur ayam, susu kultur dan sos cili. Lebih beberapa sen, aku bayar guna debit.

Kali ni takde barang mengarut. Takde makanan tak sihat. Memang betul-betul aku beli barang untuk keperluan, bukan kehendak. Bagus tak aku? 😄



Seronok pulak shopping kali ni. Sambil pilih barang, sambil aku scan barcode guna app MyKasih. Nak pastikan barang yang aku ambil tu termasuk dalam barang SARA. Risau jugak bila sampai kat kaunter, nanti cashier bagitau tak boleh beli under SARA.

Post a Comment

28 Comments

  1. belum lg pi beli...byk jg dpt...beras kita beli...hihi..

    ReplyDelete
  2. Ohh ada apps boleh scan kod bar ye. Patutlah ada orang dok scan bila membeli barang. Belum tebus lagi sebab tengok ramai yang beratur. Bagus beli barang keperluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Suka tengok masing-masing lebih peka bila nak beli barang keperluan.

      Delete
  3. Ammi pun dh guna Sabtu lepas. Tp kesian pulak adik cashier kat Mydin. Scanner mysara dia rosak jadi dia kena key in nombor barcode tiap barang kat terminal MySara tu. Jenuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi kesian. Nak tutup kaunter, ramai customer. Harap masa akan datang, ada lah inisiatif elak benda macam ni.

      Delete
  4. Tak tebus lagi.. Tunggu reda dulu keadaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tempat saya, sangat kurang beratur. Tak sampai seminggu. Itu yang saya pergi.

      Delete
  5. tgk juga apps ni..mudah..ada brg kalo tkde label bole kita scan dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kadang tak yakin barang tu under SARA walaupun ada label kat rak.

      Delete
  6. Belum guna lagi.
    Cuma suami dah try, beli detergent. Sistem makin stabil agaknya, pergi pasaraya kelmarin nampak smooth je kaunter Mykasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal-awal tu yang problem. Ramai serbu bawak keluarga. 😌

      Delete
  7. Belum tebus lagi...seram tgk org ramai beratur panjang...bagi lega dulu...kena download la apps ni...

    ReplyDelete
  8. dekat area kak mieja, hari-hari q panjang. belum tebus lagi

    ReplyDelete
  9. kena donlod apps dulu nampaknya utk kemudahan. lagi cepat mcm ni, cuma jika sistem down, boleh bikin amarah meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi better call siap-siap kedai sebelum pergi. Kang pergi sana, sistem down lagi. 😆

      Delete
  10. Ramai gak yang beli beras basmathi guna SARA ni.. ingat nak beli juga nanti.
    Rupanya banyak juga pasaraya yang kita boleh redeem SARA.. 2 hari lepas pergi 99 Speedmart cashier tanya nak guna IC ke..baru perasan ada kaunter Mykasih.. NSK pun ada.. Ingatkan Lotus dan Econsave je boleh redeem. Bagus lah banyak kedai sudah ambil bahagian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan pasar raya boleh redeem. AEON pink je setakat ni tak boleh.

      Delete
  11. wah semangat pulak ahkak tenguk. Tapi kita tenang-tenang dulu. Nanti baru fikir nak guna bila barang dapur dah habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak perlu tergesa-gesa kalau takde keperluan. Nanti pergi lah bila kedai buat promosi. Lagi untung.

      Delete
  12. wahhh awal dah menyoping yaaa...
    sy tak tahu laa nak beli apa hahaha... tggu 31/12 kot baru beli hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak. Jangan hari tu sistem down sudah. 🤣

      Delete
  13. saya pun belum redeem lagi sebab sekarang ramai sangat orangg. macam menarik beli beras basmathi tu sebab jarang ada kat rumah. inilah masanya, hehehe

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, bagus BK, beli barang keperluan je. Oooo, ada app untuk check rupanya barang boleh guna mySara ni. Akak beli berpandukan dia punya sticker kat rak barang tu je. Eh, ada akuarium comel ikan dok berenang la, kat sidebar dia. 😁

    ReplyDelete
  15. RM100 SARA ni walaupun tak besar, tapi cukup untuk penuhi barang asas. Bila bawak balik barang dapur, terus rasa lega sebab boleh masak sendiri tanpa risau belanja lebih...

    ReplyDelete
  16. Walaupunnbulan Dis tamat, tapi paling bagus ya kita awal2 tebus RM 100 sara rahmah,.dapat dimanfaatkan kerajaan bagi..kita ambil dengan hormat..

    ReplyDelete