Salam Maulidur Rasul 1447H. Membangun Ummah Madani.


Hari ni hari Jumaat. Hari ni jugak 12 Rabiulawal 1447H yang merupakan Maulidur Rasul. Cantik kan kali ni, hari bersejarah, hari kelahiran Nabi Muhammad SAW jatuh pada penghulu segala hari.

Maulidur Rasul


Maulidur Rasul ialah peringatan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia. Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal dalam kalendar Hijrah di bandar Mekah, sekitar tahun 570 Masihi, dalam keluarga Bani Hasyim dari suku Quraisy.

Kelahiran Nabi pembawa rahmat


Diceritakan bahawa kelahiran Nabi Muhammad SAW disertai dengan pelbagai tanda-tanda ajaib. Ibunya, Siti Aminah, berasa sangat gembira dan merasakan cahaya terang menyinari rumahnya ketika Baginda lahir. Malah, terdapat cerita bahawa di langit muncul cahaya yang sangat terang, menandakan kelahiran seorang Nabi yang akan membawa rahmat kepada seluruh alam.

Kenapa Maulidur Rasul diraikan?


Maulidur Rasul diraikan sebagai tanda kasih sayang umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW. Perayaan ini mengingatkan kita tentang teladan Baginda dalam kehidupan serta ajaran kasih sayang, keadilan, dan kedamaian.

Pada hari Maulidur Rasul, umat Islam biasanya mengadakan:
  • Bacaan selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
  • Ceramah dan pengajian tentang kehidupan dan perjuangan Baginda.
  • Perarakan dan aktiviti sosial sebagai tanda kesyukuran.
  • Memberi makanan kepada yang memerlukan.

Hijrah Nabi penuh perjuangan,
Bersama sahabat penuh cabaran,
Maulidur Rasul jadi sambutan,
Tingkatkan iman jadi pedoman.

Post a Comment

21 Comments

  1. Selamat Menyambut Maulidur Rasul...Sama2 kita perbanyakkan selawat ke atas Baginda Nabi SAW

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul.
    Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  3. Salam Maulidur Rasul.
    Jika baca buku Sirah Rasulullah, memang menangis.
    Tak jemu dibaca sambil bayangkan jika kita berada di zaman itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul. 😀

      Betul. Banyak pengorbanan.

      Delete
  4. Salam Maulidur Rasul dan selamat berhujung minggu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...
    Selamat menyambut Maulidur Rasul.

    ReplyDelete
  6. zaman sekolah dulu suka pi maulud nabi. Berarak dari stadium kat muar pi masjid. Lepas tu dapat makan free dalam dulang. Memori lane sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap ada makan dalam dulang. Menarik. Saya dulu lepas berarak, ada aktiviti dalam dewan sekolah.

      Delete