Kisahnya aku beli mi kuning kat kedai runcit. Jenama apa, biar lah rahsia. Aku ceritakan ni pun sebab nak bagi pengajaran supaya hati-hati.
Biasanya aku beli mi kuning jenama Gardenia. RM3.50 pek besar. Tapi kes selalu tak habis masak, aku beli lah mi kuning jenama biasa. RM2 untuk pek kecil.
Sebelum ni, mi kuning RM2 tu ada jenama Sampan je. Tapi beberapa minggu ni, jenama lain pulak masuk kedai tu dan jenama Sampan takde. Sebab takde pilihan lain, aku beli.
Bau pelik masa makan
Malam tu, aku masak macam biasa. Plan nak makan sambil tengok drama Korea 18 Again kat TV3. Tapi masa makan beberapa suap, aku perasan ada bau pelik.
Aku ingatkan bau bawang putih. Sebab aku letak banyak bawang putih. Tapi tak. Bau tu macam tengik. Nak kata bau hancing, tak. Tapi bau macam mi lama.
Terus aku check baki mi kuning belum masak yang aku simpan dalam peti sejuk. Baunya sama. Tengik. Aku pelik. Aku tengok tarikh expired, lambat lagi. Hujung minggu depan.
Rosak atau bau pengawet?
Aku confius. Mi kuning ni sebenarnya dah rosak atau bahan pengawet dalam mi tu yang banyak? Tengok dari rupa mi, elok lagi. Takde kulat atau apa-apa yang pelik. Cuma baunya yang tengik.
Minum air Fernleaf
Sebab risau keracunan makanan, aku buang mi yang aku dah goreng tu. Bukak peti sejuk, aku ambil air probiotik Fernleaf dan minum sebotol.
Terus masuk jamban
Lebih kurang 2 jam kemudian, perut aku memulas. Rasa bergelojak dalam perut. Nak membuang. Cirit-birit jadinya. Sah. Memang mi kuning tu tak elok. Sebab selalunya bila aku minum air Fernelaf atau Yakult, tak pulak cirit-birit.
Lepas buang, terus lega perut. Takde dah rasa yang tak menyenangkan. Moral kisah ni, sebelum masak mi, wajib amalkan 3 langkah: lihat, hidu dan rasa.
Aku terlepas langkah kedua tu. Masa nak ambil mi kuning, aku tak hidu dulu. Lepas tengok mi tu elok, terus aku basuh dan campak dalam kuali. 😅
Bila jadi macam ni, fobia dah aku nak beli mi kuning jenama biasa kat kedai. Lepas ni, rasanya aku akan kekal guna mi jenama Gardenia kot.
22 Comments
Frust kan kalau tengik. Sejak ada mi kuning gardenia memang beli yang tu je. Ada juga sold out, Alhamdulillah brand yang lain tu ok jugak.
ReplyDeleteSaja cuba jenama lain yang tak pernah beli. Tapi tak sangka dapat yang tak elok. 😅
DeleteKalau bau kapur ada juga.. bau tengik tak pernah lagi.
ReplyDeleteMujur BK cepat sedar dan buang terus.
Akk tak pernah lagi beli jenama Numee sebab portion agak besar. Kalau masak.mee sekali je masak takde nak simpan². Takut tak termasak pulak.
Bau kapur tu selalu jumpa. Tapi ni tak bau kapur. Bau yang tak best.
DeleteNuMee tu kerap beli. Tapi sini ada versi besar. Dah tanya driver Gardenia. Katanya versi kecil tak masuk. 😭
Kalau masak sendiri setakat ni alhamdulillah tak jumpa lagi mi yg bau tengik ni. Tapi pernah terkena di kedai la.
ReplyDeleteApapun bab makan jgn dibuat main, kalau rasa lain macam better buang je. Risau keracunan makanan nanti.
Kann. Risau pulak nak masak guna mi segar.
Deleteorang kedai tu tak buat kualit kontrol kot..mana2 yg dah expired sepatutnya dah tak dijual...#taklupabagiikanmakan
ReplyDeleteMungkin jugak macam tu. Tapi mungkin jugak salah cara penyimpanan mi ni kat kedai.
DeleteTapi tak expired lagi eh? Biasa saya beli mi lonek memang tak ada bau kapur bagai. Tapi kalau beli mi lain, saya biasa rendam kejap dengan air panas dan toskan. Yang ni kalau dari awal dah bau tengok mungkin rosak dah tu. Mujurlah lepas membuang tu dah okay.
ReplyDeleteBelum expired. Mungkin dah rosak. Tercampur dengan mi lain. Atau mungkin terlebih bahan pengawet.
DeleteMi lonek tu apa? 😲
Beli je Gardenia tu. Tak habis simpan esbok sok lusa boleh guna lagi
ReplyDeleteItu lah. Lepas ni kena guna jenama Gardenia.
DeleteSejak ada jenama Gardenia, memang tak beli dah jenama lain.. Sebab pernah kena macam ini jugalah.. Ada bau yang tak menyenangkan pada mi tu..
ReplyDeleteKann. Saya ingat saya je yang alami. Saya dah lama guna mi Gardenia. Tak pernah jumpa yang tak elok. Bau pun takde masalah.
DeleteBeli je Gardenia buat stok, tak habis masuk peti.
ReplyDeleteLain brand mi mentah, lain ia punya tekstur, ada yg nice, ada yg sgt berminyaknya, ada yg buka2 da bau (ni dah lama).
Kalau jumpa mi lama, lagi gerun. Nak mintak tukar, leceh pulak kalau kedai jauh dari rumah.
Deletemee kuning ni selalunya yang buat faul sebab banyak kapur. Tapi bau tengik tak pernah le jumpa. Kalau makan luar ahkak jarang beli mee kuning sebab depa jarang basuh mee kuning tu terus je humban dalam kuali. Kalau masak sendiri selalunya basuh dengan air panas dulu untuk hilangkan kapur dia. Hah mee gardenia sedap lembut je rasa dia
ReplyDeleteItu lah yang saya risau. Dulu selalu jugak order mi kuning goreng. Lagi-lagi kat pasar malam. Bila dah kena ni, memang fobia dah.
DeleteMi gardenia 480gram sepeket kecil.
ReplyDeleteKalau rumah Cie habis je. Brand lain biasanya 450gram. Bahaya tu boleh sebabkan keracunan. Mungkin boleh inform kedai supaya takde mangsa lain terkena atau boleh report pejabat kesihatan mereka akan ambil sample mi tu.
ee takleh bayang makanan bau tengik masuk dalam mulut. tapi tarikh expired lambat lagi... macam manalah kilang tu buat mee agaknya
ReplyDeleteSejak CCL kenal mi Gardenia, memang susah dah nak beli jenama lain. Rasa dia ngam dengan tekak, sekali try terus melekat...
ReplyDeleteNumie Gardenia tu juga yang helok, yek. Aduh... tak pasal-pasal sakit perut.
ReplyDelete