Akan datang: Komik Cardcaptor Sakura versi Bahasa Melayu dari Gempakstarz.


Aku punya lah excited bila dapat tahu Gempakstarz nak terbitkan komik Cardcaptor Sakura (CCS) versi Bahasa Melayu.

Tak lama dulu aku pernah tanya dalam sesi live sama ada Gempakstarz akan jual komik dari Clamp ke tak. Clamp ni pelukis komik CCS. Staff tu cakap coming soon.

Teaser 1.

Beberapa bulan kemudian, ada teaser pasal komik CCS muncul satu per satu. Bermula 3 Oktober, muncul seketul teaser. Waktu ni tak tahu lagi komik apa. Sebab kalau kat Jepun, CCS ni under company Kodansha. Banyak jenis komik yang ada.

Teaser 2.

Teaser kedua, dah boleh teka. Sebab ada dialog karakter CCS (Kero): Aku yang chic dan cool ni dikaitkan dengan benda lembap macam tu. - Kalau siapa baca komik atau pernah tengok anime CCS, pasti tahu.

Teaser 3.

Teaser ketiga, dialog Sakura: Bumi akan terbelah dua ke?!! - Babak ni masa Sakura tanya Kero apa akan berlaku sekiranya jampi pada Kad Clow tu dipatahkan.

Teaser 4.

Masuk teaser keempat, lagi lah ramai yang boleh teka: Wahai Angin! Jadi lah rantai hukuman! - Yang ni dialog Sakura masa dia mintak bantuan The Windy untuk tangkap The Jump, Kad Clow baru.

Teaser 1: 3 Oktober 2025
Teaser 2: 6 Oktober 2025
Teaser 3: 9 Oktober 2025
Teaser 4: 13 Oktober 2025

Campak balik Cardcaptor Sakura


Aku mula kenal anime CCS masa tengok kat NTV7 masa tahun 2001. Lama kan? 24 tahun lepas. Sampai sekarang aku ingat lagi suara serak basah Sakura yang Maya Matahari dubbing.


Lepas tu, dalam tahun 2003, terbaca pulak komik CCS dalam Kreko. Tu je ada komik CCS versi BM. Online ada tapi dalam BI lah. Masa baca Kreko tu, memang aku suka betul dengan komik CSS. Tiap kali beli Kreko, mesti akan baca komik tu dulu.

Bakal dijual di Popular Bookstore


Komik CCS versi BM akan Popular jual. Kebanyakan komik terjemahan dari Jepun, Popular dapat hak eksklusif untuk jual. Maksudnya, takkan ada kat kedai lain selain Popular.


Sebenarnya komik CCS BM ni diorang dah pernah mention tak lama dulu. Cuma macam tak percaya. Sebab komik CCS ni komik lama. Terbit kat Jepun tahun 1996 - 2000. Bila fikir, macam mustahil.

Aku memang akan beli. Gila kalau tak kumpul. Punya lah lama aku tunggu. Akhirnya ada jugak company yang terbit komik ni dalam BM.

Post a Comment

14 Comments

  1. Bola Katok ni confirm young than me, ok sekian.
    Dah lama tinggal komik Gempakstarz, walhal inilah punca utama saya suka baca komik. Dulu suka baca Utopia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin. Tapi yang pasti, kita membesar masa era anime Jepun tengah naik kat Malaysia. Lagi-lagi versi dubbing BM. 😂

      Delete
    2. benar sekali. nunggu depan tv sebab nak tengok, Doraemon, Mutiara Naga, Sailormoon, Ultraman, Flashman, Maxman, Power Rangers.

      Delete
  2. menggamit memori sangat cardcaptor sakura ni. antara anime fav saya, dulu siap beli dvd n kumpul kad lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hebat lah kalau siap beli DVD. Saya mampu tengok kat TV je waktu tu.

      Delete
  3. Pernah juga baca CCS. Dialihbahasa Melayu ya.
    Hehe harap ada Samurai X tapi tidak kisah juga sebab boleh tengok animasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samurai X mungkin payah. Sebab dah ada versi terjemahan BM dari Comics House dulu. Tapi kalau Gempakstarz nak buat jugak, mesti best.

      Delete
  4. Ooo... baru tau Maya Matahari buat dubbing. Teringat ada satu filem dia tengah nyanyi atas pentas tiba² tak keluar suara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem apa tu? Yang saya pernah tengok pun filem Gemerlapan.

      Delete
  5. baru dapat hak cipta laa tu utk terbitkan dlm edisi BM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kot. Kalau tak, dari dulu lagi ada kan?

      Delete
  6. Boleh dah kot, asing duit siap-siap, standby bila komik keluar. Hehe...
    Akak tak ikut CCS ni. Tengok shinchan dengan doraemon je. Kadang-kadang ada tengok Naruto.

    ReplyDelete
  7. BK...linda baru baca entry nie, kena singgah popular nie..
    tang majalah Kreko tu, lamanya tak dengar orang sebut...

    ReplyDelete