Buat ayam goreng celup tepung guna tepung GOGI Hot & Spicy.


Hari tu kan masa aku masuk Mydin, aku pergi lah area barang grocery. Niatnya bukan nak beli apa-apa pun. Cuma nak tengok apa yang lain. Selalunya aku beli barang dapur kat pasar raya kawasan rumah je. Mydin jauh.

Aku jumpa tepung untuk goreng ayam. Jenama GOGI. Asal Thailand. Aku pun Google pasal tepung ni on the spot. Nak tahu pengalaman orang yang dah cuba guna tepung ni. Tak jumpa pulak blogger yang buat review. Ada pun, dalam FB dan TikTok je.


Katanya tepung ni sedap. Aku baca jugak review dalam Shopee. Pun sedap kata diorang. Memandangkan harga tepung ni takde lah mahal sangat, aku pun beli lah.

Balik rumah, aku cuba masak. Aku ikut cara yang ditulis kat belakang pek. Tambah air sejuk dalam tepung dan kacau sebati. Celup ayam dan goreng dalam minyak panas.


Tapi ... ayam yang aku goreng ni jadi terlalu berminyak walaupun rupa luarannya elok. Aku ingat aku salah goreng.

Aku buat kali kedua hari lain. Aku buat macam aku goreng ayam celup tepung guna tepung Bestari atau Puteri. Celup ayam dalam bancuhan basah dan salut dengan bancuhan kering. Goreng sampai keperangan.

Pun sama. Berminyak. 😭

Walaupun tepung GOGI ni versi pedas tapi rasanya tak pedas pun. Aku tak pasti kenapa review yang aku baca tu, ramai kata sedap. Aku makan, biasa-biasa je rasanya.


Cuma rasa tu takde lah teruk pun. Masih boleh telan. Tapi salutan tepung agak berminyak. Pernah makan cekodok versi bancuh segera? Macam gitu lah. Nak makan banyak, jadi muak. Aku tak tahu nak recommend ke tak. Tapi kalau nak tahu rasa tepung ni macam mana, sila lah cuba sendiri.

Post a Comment

21 Comments

  1. Kalau berminyak memang tak syoklah nak makan..

    ReplyDelete
  2. rupa kejadiannya tu nampak sedap.
    kitanya payah nak try and error gini, maybe jika guna pun masuk air fryer la kot nowh. hrmmm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah buat ayam celup tepung masuk air fryer. Risau tak menjadi. 😭

      Delete
    2. ahahaaa~ goreng dulu mcm biasa, pastu baru masuk air fryer.

      Delete
  3. Menakutkan pula kalau terlalu berminyak.
    Alahai ingat memang pedas. Selalu terkena beli ayam kata hot & spicy tapi tak pedas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part pedas tu, memang tak pedas langsung. Part berminyak, tak tahu macam mana nak kurangkan minyak. Mungkin lepas ni kena campur-campur dengan tepung jenama lain kot.

      Delete
  4. kalau dah sampai 2 kali goreng pun jadi terlalu berminyak, memang sebab tepung ni kott.
    tgok dari packaging dia, nampak macam tepung pedas. rupanya biasa2 je ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa sebab tepung tu. Tak pasti tepung jenis apa yang diorang guna.

      Delete
  5. berminyak tak sedap nak makan...sebab tu kalau buat cekodok guna tepung segera tu, mesti linda campur tepung gandum biasa sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh lah saya cuba macam tu jugak. Dulu memang suka makan cekodok tepung segera. Lepas beberapa kali cekodok tu serap, terus tak beli dah.

      Delete
  6. Dulu masa belum ada tepung serbaguna bestari tu, mil Akk selalu guna Tepung gogi ni utk buat gorengan celup tepung. Adalah dicampur tepung beras juga kalau x salah adunannya tu. Tapi rangup eloklah hasilnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lepas ni saya kena alter sendiri tepung GOGI ni. Sayang pulak nak buang.

      Delete
  7. Nampak sedapnyer
    Biasa guna tepung bestari aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena setia pada tepung Bestari jugak. 😆

      Delete
  8. kalau macam ckodok segera tu fahamlah rasanya camna

    ReplyDelete
  9. Kalau nengok luarannya takde lah nampak berminyak.. tapi kalau dah macam cekodok segera tu tak leh makan banyak... memang rasa muak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Muak sebab serapan minyak. Kalau tak, elok je rasanya.

      Delete
  10. Akak kalau guna adunan cokodok segera tu, akak mesti tambah tepung naik sendiri dan tepung gandum. Agaknya, sama kot dengan tepung gogi ni. PH pun cakap camtu. Tapi rupa ayam tu, nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti. Saya kalau buat cekodok guna tepung segera, terus bancuh tak tambah apa-apa. Kalau nasib baik, menjadi rupa cekodoknya. 😄

      Delete