Kali ni cuba ZUS ube perisa coklat.


Musim ube ubi ungu. Kali ni ada promo baru lepas sticker. Sticker yang diorang bagi free tu cepat betul habis. Nasib baik sempat aku kumpul 2 ketul masa minum kat Mydin hari tu.

Promo baru, diorang dah tak bagi barang free. Kena beli. Promo ni namanya Ube Merch Bundle. RM19.90. Merchandise nya Ube Straw Cap dan Mini Badge. Kena beli air ube dan add merchandise tu baru boleh order.


Aku beli air Ice Ube Chocolate. Sebab tak pernah minum lagi yang ni. Masa aku order tu, tak ramai orang pun. Jadi, order aku cepat je siap.

Comel tak?

Versi coklat ni, ada 3 lapisan. Atas susu, tengah ube dan bawah coklat. Rasa air ni pun sedap jugak. Aku suka rasa ube yang manis tapi tak terlalu manis. Mungkin sebab aku pilih versi Less Sweet.

Order siap!

Ketulan ais ni unik. Bentuk kelopak bunga.

Ada sesetengah tempat, diorang jual tumbler sekali. Aku tak beli pun. Mahal. Lagipun aku bukan peminat tumbler. Kat rumah pun, ada tumbler biasa-biasa je.


Jadi, setakat ni, ada seketul lagi perisa yang aku belum cuba: Ice Ube Cafe Latté. Perisa ni lain sikit. Ada espresso kat tengah-tengah. Macam best.

Post a Comment

26 Comments

  1. Tak berani nak order takut tak sedap.

    ReplyDelete
  2. Hebat RnD diorang..ubi ungu pun boleh mixed dengan kopi buat air..

    ReplyDelete
  3. wahh, semua kena beli erk kat Zus., hehe

    ReplyDelete
  4. warna nya mcm yam(keladi kan), so i tak berani nak cuba

    ReplyDelete
  5. tq sbb sudi singgah dan drop komen kat my blog...uniknya nama blog u ni bola katok...agak2 kenapa yer..u fav sports ker

    ReplyDelete
  6. Tak pernah order lg ni...
    pandai zus tarik orang beli ya...comey Ube Straw Cap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul comel. Marketing diorang bagus. Tak mahal sangat sampai paksa orang beli.

      Delete
  7. Pelik betul perasa air baru kali ni. Tak terbayang rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba kalau takde alahan. Saya suka sebab air ni manis berlemak.

      Delete
  8. Peminat purple mesti beli tumbler tu. Straw cap tu, letak atas straw ke, fungsinya? Comei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti. Ada tempat dah sold out. Cepat betul.

      Betul. Benda tu penutup straw. Boleh jugak jadikan penutup mata pensel.

      Delete
  9. tengok BK promo rasa nak try, bila da sampai kedai auto bertukar minta order yang biasa minum, alahaaai susah juga jadi setia ni.

    ReplyDelete
  10. macam bersaing-saing pula mereka ya.. Zuss dengan ube, 7e dengan taro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Nanti ada lah tu kedai lain buat perisa gini jugak.

      Delete
  11. kalau ammi mungkin cuba yang Ice Ube Cafe Latté tu kot...kalau coklat mcm manis je utk org dah byk umor ni

    ReplyDelete
  12. Comeyyyy mini badge tu. Anak-anak akak suka nau kalau air perisa yam. Nantilah nak bawak diorang beli. Ibunya nak ghaso2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka lah diorang dengan promo ni nanti.

      Delete