Masa keluar ke bandar, aku singgah kejap kat 7e. Niatnya nak tanya pasal enamel pin. Habis kata staff. Melepas lah nak complete kan ketujuh-tujuh pin tu.
Dalam 7e Café ni, boleh tahan banyak menu ringan-ringan untuk isi perut. Aku cari nasi. Ada nasi lemak dan nasi goreng. Ada jugak pasta. Aku ambil Nasi Goreng Belado, bayar dan panaskan dalam microwave.
Sambil tu, aku order Slurpee. Nak cuba versi Lemon Lime Lite tapi takde stok pulak. Nak beli air kopi buy 1 free 1, ais pulak takde. Maka, minum lah aku Slurpee versi Tutti Frutti lagi.
24 Comments
wah nanti nak cuba lah. Hari tu dah cuba spageti dia. Yang nasi goreng tu harga murah lah juga.
ReplyDeleteMurah jugak. Berbaloi beli.
Deletemurah nasi goreng dia. kalau nak cepat atau malas masak, sesuai beli kat sini
ReplyDeleteBetul. Lagi mudah kalau kelaparan tiba-tiba. 😂
DeleteSelalu beli pasta je, nasi goreng belum pernah lagi beli.
ReplyDeletePasta tu ada. Tapi sebab dah nak malam, risau jugak nak makan.
Delete7e dah ada nasi goreng belado
ReplyDeleteAda Wak.
Deleteboleh geng Cie ni, try menu 7E.
ReplyDeletebilalah 7E sini nak jadi cafe.
Request selalu kat HQ. Mana lah tahu nanti diorang buat versi Café.
DeleteHarga makanan 7E lagi murah dari familyMart. Lain kali, boleh cuba. Buy1 free1 kopi pun belum try lagi. Sibuk la, 7E Cafe kat sini, ramai orang sentiasa. Pekerja ada seorang je.
ReplyDeleteMurah. Banyak promo.
DeleteBoleh cari kat 7e nanti....
ReplyDeleteSila-sila. 👍
DeleteSenang kalau merentas negeri malas masuk restoran, boleh cari di 7e.
ReplyDeleteBetul. Boleh makan situ terus.
DeleteNampak menarik... dan affordable
ReplyDeleteBanyak benda menarik.
DeleteBanyak dah makanan yang ready to eat sekarang..kalau hidup bujang, memang sesuai lah...
ReplyDeleteKalau tak bujang pun boleh jugak. In case tak sempat masak sarapan kat rumah, boleh singgah beli.
DeleteSelalu nampak tapi risau nak beli.. Risaukan rasa dia.. kikiki
ReplyDeleteSo far sedap rasanya.
DeleteAda beli gak makanan kat 7E.. balik rumah masuk dalam freezer lupa je nak panaskan.
ReplyDeleteLepas ni kena makan terus lah nampaknya. 🤭
Delete