Betik tepi rumah dah masak ranum.


Aku pernah buat entri pasal betik yang aku tanam kat laman rumah. Bulan April lepas, pokok betik tu dah mula keluarkan bunga.


Cumanya bunga tu tak lekat. Asyik luruh dari pokok. Entah tak cukup nutrisi apa aku tak tahu. Aku cuba siram pokok tu dengan air ikan, air beras dan air kulit bawang. Ada jugak aku tabur baja subur dan baja buah.

Alhamdulillah. Bunga lekat dan mula keluarkan buah. Dan minggu lepas, buah sulung pokok betik ni dah mula tunjukkan tanda-tanda masak. Aku petik, bungkus dalam surat khabar dan masukkan dalam kotak untuk peram pada 18 November.


Cukup seminggu iaitu hari ni, aku tengok buah yang aku peram tu dah masak dengan ranumnya. Tak sempat pulak aku nak snap gambar kulit buah tu. Kulitnya bertukar dari warna hijau kepada warna oren.


Aku belah. Separuh aku simpan dalam peti ais. Banyak betul bijinya. Isinya elok. Takde rosak atau kulat. Risau jugak rosak. Kes kawasan ni ada lalat buah. Mungkin sebab aku pasang perangkap serangga jenis pelekat warna kuning. Jadi lalat buah tak dapat kacau buah betik.


Rasanya manis. Tak muak. Isinya pun lembut. Tak kelat. Aku tak pasti ni betik baka apa dan dari mana aku ambil benihnya. Lupa. Kes dulu banyak anak pokok betik yang aku semai dari biji. Tapi lupa nak tag jenisnya. 😅

Post a Comment

26 Comments

  1. Alhamdulillah dapat merasa hasilnya. Banyak buahnya tu. Isi pun elok. Dapatlah merasa buah sulung. Jimat dah beli buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Buah betik kat kedai pun bukan murah sekarang ni.

      Delete
  2. mkn betik sejuk2 sedapnyaaaa
    kalau ada serbuk asam.laaagiii sedappp

    ReplyDelete
  3. sedapnya..pandai nya kupas buah betik...linda memang surrender kalau kupas betik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah jugak nak kupas ni. Tapi gigih sebab nak bagi gambar cantik. 🤣

      Delete
  4. Ni kalau lepas potong masuk peti sejuk seapnya makan lepas tu. Cantik sungguh potongannya. Kalau akak emmm potong kecil2 dah takdenya nak buat cantik2 macam tu. Lepas tu ngap. Bagus makan betik sebab boleh lawaskan perut

    ReplyDelete
  5. cantiknya isi dia! mesti puashati bila merasa hasil tanaman sendiri camni kan. saya ni takde bakat menanam haha.

    makan buah betik auto lawas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul dah tu. Senang membuang. 😄

      Delete
  6. Alhamdulillah syukur dapat tuai hasilnya 👍🏻
    Buah jenis panjang & besar ni, puas makan

    ReplyDelete
  7. Best dapat rasa hasil tanaman sendiri. Alhamdulilah

    ReplyDelete
  8. Wah..hebatnya, rezeki ..di hiris kemas2 ..buahan pelawas ni vitamin

    ReplyDelete
  9. Elok betiknya tu.. nampak pun manis. Berbakti pada tanah jadi dapatlah merasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis rasanya. Ni kalau bagi masak kat pokok, lagi manis.

      Delete
  10. Sama macam betik magic kat rumah ni. Buah dia lebat. Lepas 1 dah masak...beberapa hari buah lain pulak yang masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kongsi dengan jiran-jiran. Nanti rajin lah pokok tu berbuah lebat lagi.

      Delete
  11. Alhamdulillah, rezeki dapat rasa buah dari pokok tanam sendiri. Dulu arwah mak akak kalau makan betik, mesti nak diperahnya limau kasturi dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kena perah limau kasturi? Buat som tam ke?

      Delete
  12. Cantiknya warna oren dia.. Simpan dalam peti ais, pastu makan guna sudu.. Pergh!!

    ReplyDelete