Aku pernah buat entri pasal betik yang aku tanam kat laman rumah. Bulan April lepas, pokok betik tu dah mula keluarkan bunga.
Cumanya bunga tu tak lekat. Asyik luruh dari pokok. Entah tak cukup nutrisi apa aku tak tahu. Aku cuba siram pokok tu dengan air ikan, air beras dan air kulit bawang. Ada jugak aku tabur baja subur dan baja buah.
Alhamdulillah. Bunga lekat dan mula keluarkan buah. Dan minggu lepas, buah sulung pokok betik ni dah mula tunjukkan tanda-tanda masak. Aku petik, bungkus dalam surat khabar dan masukkan dalam kotak untuk peram pada 18 November.
Cukup seminggu iaitu hari ni, aku tengok buah yang aku peram tu dah masak dengan ranumnya. Tak sempat pulak aku nak snap gambar kulit buah tu. Kulitnya bertukar dari warna hijau kepada warna oren.
Aku belah. Separuh aku simpan dalam peti ais. Banyak betul bijinya. Isinya elok. Takde rosak atau kulat. Risau jugak rosak. Kes kawasan ni ada lalat buah. Mungkin sebab aku pasang perangkap serangga jenis pelekat warna kuning. Jadi lalat buah tak dapat kacau buah betik.




26 Comments
Banyak jugak buahnya tu. Lebat.
ReplyDeleteSyukur. 🤲
DeleteAlhamdulillah dapat merasa hasilnya. Banyak buahnya tu. Isi pun elok. Dapatlah merasa buah sulung. Jimat dah beli buah.
ReplyDeleteBetul. Buah betik kat kedai pun bukan murah sekarang ni.
Deletemkn betik sejuk2 sedapnyaaaa
ReplyDeletekalau ada serbuk asam.laaagiii sedappp
Yang ni saya letak dalam peti sejuk. Sedap.
Deletesedapnya..pandai nya kupas buah betik...linda memang surrender kalau kupas betik ni
ReplyDeletePayah jugak nak kupas ni. Tapi gigih sebab nak bagi gambar cantik. 🤣
DeleteNi kalau lepas potong masuk peti sejuk seapnya makan lepas tu. Cantik sungguh potongannya. Kalau akak emmm potong kecil2 dah takdenya nak buat cantik2 macam tu. Lepas tu ngap. Bagus makan betik sebab boleh lawaskan perut
ReplyDeletePotong kecik pun best jugak. Senang nak makan.
Deletecantiknya isi dia! mesti puashati bila merasa hasil tanaman sendiri camni kan. saya ni takde bakat menanam haha.
ReplyDeletemakan buah betik auto lawas!
Alhamdulillah. Betul dah tu. Senang membuang. 😄
DeleteAlhamdulillah syukur dapat tuai hasilnya 👍🏻
ReplyDeleteBuah jenis panjang & besar ni, puas makan
Kann. Buah jenis ni memang puas hati makan.
DeleteBest dapat rasa hasil tanaman sendiri. Alhamdulilah
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
DeleteWah..hebatnya, rezeki ..di hiris kemas2 ..buahan pelawas ni vitamin
ReplyDeleteAlhamdulillah. 👍
DeleteElok betiknya tu.. nampak pun manis. Berbakti pada tanah jadi dapatlah merasa.
ReplyDeleteManis rasanya. Ni kalau bagi masak kat pokok, lagi manis.
DeleteSama macam betik magic kat rumah ni. Buah dia lebat. Lepas 1 dah masak...beberapa hari buah lain pulak yang masak.
ReplyDeleteBoleh kongsi dengan jiran-jiran. Nanti rajin lah pokok tu berbuah lebat lagi.
DeleteAlhamdulillah, rezeki dapat rasa buah dari pokok tanam sendiri. Dulu arwah mak akak kalau makan betik, mesti nak diperahnya limau kasturi dulu.
ReplyDeleteKenapa kena perah limau kasturi? Buat som tam ke?
DeleteCantiknya warna oren dia.. Simpan dalam peti ais, pastu makan guna sudu.. Pergh!!
ReplyDeleteSaya guna garpu. Cucuk-cucuk dan ngap! 😂
Delete