Dapat lagi sticker Travel dari ZUS.


Aku ke bandar kejap. Nak beli susu kotak. Sebelum tu, aku singgah ZUS. Waktu tu dah masuk tengah hari. Ramai jugak pekerja luar yang lepak sambil sembang kopi dalam tu.


Aku order air Gula Melaka. Beli pun sebab ada makna. Nak collect sticker Travel lagi. Alang-alang promo masih jalan, boleh kumpul barang baik sambil minum kopi. Cup sleeve Travel habis stok kata staff. Nasib baik sebelum tu aku sempat kumpul beberapa ketul dari outlet lain. 😆

Sebelum kacau.

Selepas kacau.

Air kopi versi gula melaka ni kalau nak minum, kena kacau. Gula melaka tu ada kat dasar. Kalau biarkan, rasa tak manis dan pahit sikit.

Kejap je aku duk situ. Sekadar ambil gambar. Lepas tu, aku keluar. Minum kopi kat luar kedai bawah panas terik. Bukan apa. Sekarang musim influenza. Kalau kita tak jaga diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong jagakan? 😉

Post a Comment

20 Comments

  1. Dalam banyak² kopi zuss yang pernah rasa, hat ni ada rasa manis sikit..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena mintak extra manis lah kalau ada air yang tawar. Staff sini bagi.

      Delete
  2. Tak pernah order Zus gula melaka. Nampak sedap. Minum kopi ais tengah panas, nikmat juga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum tak sampai seminit dah habis. Harap takde lah orang tengok saya kalut minum kat luar. 😅

      Delete
  3. Tak pernah order lagi yang gula melaka ni.

    ReplyDelete
  4. Panas-panas ni tenguk air kopi ais gula melaka aduhaiiiiii

    ReplyDelete
  5. haritu nak order tapi tak ada pun sticker tu.. terus cancel.. dia dekat outlet tertentu je kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya saspek dah habis tu. Sebab sticker kali ni laju je out of stock.

      Delete
  6. Yang gula Melaka tak pernah cuba. Pernah rasa UBE latte tu sedap betol! Kalau beli kopi Zus, beli CEO latte. Kalau beli mesti ada makna kan. Ada lah tu nak kumpul something. hihi. tahu dah! Seronok dapat sticker percuma. Boleh tambah koleksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Saya kalau beli air kat ZUS memang tunggu promo macam ni. Baru rasa berbaloi.

      Delete
  7. Cantik kaler kopi tu bila dah bercampur.
    Haishh.. masih belum ter"pergi" ZUS ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada geng lah tu kot. Nanti kalau dah pergi, hari-hari nak minum kopi.

      Delete
  8. Wah sedap ni..segar tekak nak minum..

    ReplyDelete
  9. first time sy try air kat zus air ni laa zus gula melaka... mmg rasa pelik laa masa tu tp dah beli kan... kena laa habiskan juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang. Kalau tak biasa, akan rasa pelik sikit. Dan kalau barista buat dengan teliti, pasti sedap. 👍

      Delete
  10. yg penting dapat stiker free!
    saya kalau pergi zus ni balik2 order matcha je haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka cuba air baru. Sebab bila ada promo baru, dapat free gift. Rasa macam berbaloi pulak.

      Delete