Renew kad ahli Popular Bookstore dapat diskaun RM10.


Aku singgah Popular. Nak beli komik Cardcaptor Sakura. Tapi belum masuk lagi kat situ. Nak beli online, risau. Sebab sekarang musim hujan. Nanti tak pepasal buku rosak.



Walaupun tak dapat beli komik tu, aku cari komik lain. Aku beli komik Spy x Family jilid 10. Komik ni aku nak beli masa singgah sebelum ni. Tapi tak jadi sebab tak pasti sama ada aku dah beli ke tak. Kes bila ada diskaun, aku beli. Baca belum tentu lagi. 😂




Selain tu, aku jumpa komik baru: Lawak Kampus jilid 52 dan 53. Komik jilid 52 tu aku dah ada versi Bahasa Cina. Versi BM masa aku datang dulu, tak masuk lagi. Komik jilid 53 pulak baru je terbit. Versi BC belum ada. Tema kali ni pasal telefon. Evolusi teknologi telefon daripada besar gedabak kepada nipis.


Memandangkan membership aku dah lama expired, aku renew kat situ. Sebab ada promo. Kalau renew setahun, dapat voucher diskaun RM6. Kalau renew 3 tahun, dapat voucher diskaun RM10. Aku pilih yang 3 tahun.


Dengan diskaun RM10 tu, aku guna untuk komik Lawak Kampus 53. Selain tu, dapat jugak diskaun 10% sempena promo Karnival Kanak-Kanak 4.0 yang Popular buat. Jadi, jimat lah sikit. Aku bayar RM2.60 je dari harga asal RM14. 😆

Post a Comment

18 Comments

  1. Kalau baca lawak kampus tu tak kering gusi dibuatnya. Ada je lawak yang menghiburkan. Tahu-tahu je dah habis baca. Untung juga renew 3 tahun dapat diskaun 10%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak Kampus ceritanya kelakar. Banyak idea pelukis buat cerita ni.

      Bagus jugak sebenarnya promo renew kad macam ni. Bagi saya sebagai ahli, sangat berbaloi. Lagi semangat nak shopping kat Popular lepas ni.

      Delete
  2. Kalau selalu beli di Popular memang untung buat keahlian.

    ReplyDelete
  3. RM10 kira banyak juga tu...
    boleh laa lepas utk komik yg harga bawah RM10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli mana-mana komik. Kalau lebih, boleh tambah duit sikit.

      Delete
  4. Lama dah tak masuk popular kat alamanda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap saya kat Alamanda ada MPH. Popular kat IOI.

      Delete
  5. banyak dah koleksi..menarik juga kan ..Popular memang gedung buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Boleh isi masa dengan ilmu baru.

      Delete
  6. Wahhh... BK boleh baca dan cakap Cina eh.

    ReplyDelete
  7. Baru nak tanya, dah ada yang bertanya, boleh baca bahasa cina ke, atau buat koleksi? Dulu akak ada buku kraf bahasa cina dan jepun. Walaupun tak faham, tapi boleh ikut, sebab universal pattern mengait tu. Wah, renew membership. Boleh jimat banyak la ya, beli komik. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya saya buat koleksi. Sebab komik Lawak Kampus ada 2 versi: BM dan BC.

      Delete
  8. Wah!! Berbaloi-baloi tu dengan diskaun yang dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang murah hati nak kongsi rezeki hujung tahun. 😅

      Delete