Pokok limau kasturi dah berbuah.


Dulu, lama dulu aku beli anak pokok limau kasturi kat Shopee. Antara pokok yang terawal aku beli. Mungkin dalam 2 tahun lepas.

Tapi silap aku. Dapat pokok tu, aku tanam dalam pasu. Pokok tu tak membesar dengan elok. Ditambah lagi dengan aku yang jarang membaja.

Lepas dah tengok kesenduan pokok tu, aku pun alih ke tanah. Beberapa minggu kemudian, dah boleh nampak tunas baru. Dan disertakan sekali dengan bunga-bunga cinta gitu.



Tak lama tu, buah limau kasturi mula muncul satu per satu. Nampaknya pokok ni lebih suka duk kat tanah berbanding dalam pasu. 😂

Post a Comment

20 Comments

  1. Alhamdulillah best nya! Sejuk tangan BK ni 👍🏻

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Betul. Perah jus limau dalam mi tu makin sedap jadinya.

      Delete
  3. Alhamdulillah, sudah berbuah. Bila duduk di tanah, pokok akan jadi besar dan tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya risau jugak mulanya kalau pokok ni tak serasi dengan tanah. Tengok-tengok, elok pulak tumbuh.

      Delete
  4. akar dia sempit dlm pasu kot sbb tu dia tanak berbuah ehehe

    ReplyDelete
  5. Patut tak menjadi tanam dalam pasu hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kalau tahu, terus letak kat tanah terus.

      Delete
  6. Saya pun ada tanam pokok ini… limau kasturi, beli anak pokok dari Shopee dan ditanam dalam pasu di rumah. Cuma agak susah juga nak menjaganya di sini. Daunnya asyik habis dimakan ulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pun banyak ulat. Ulat hijau. Kena tengok selalu. Kalau tak, habis botak pokok.

      Delete
  7. Ada pokok dia selesa dalam pasu ada yang selesa dok tanah. Tapi pokok limau kita orang selalu kena serang ulat. Dulu tanam pokok lemon habis tak boleh hidup. Lastly mati. Ni tanam baru tak tahu apa jadi. Tu pun da ada kena makan ulat daunnya. Camne nak jaga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hari-hari tengok pokok tu. Kalau ada ulat, terus buang dari situ.

      Delete
  8. biasanya memang kena tanam atas tanah baru dia elok berbuah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Ni pun lega sangat pokok limau ni makin membesar.

      Delete
  9. Akak nya tanam kat tanah... mula-mula berbuah elok tapi taktau nape tiba-tiba jadi kering. Sekarang dah tinggal ranting tak dapat diselamatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak faktor. Mungkin tanah tak sesuai, terlebih baja, kurang air atau terlebih siram. Cuaca terlalu ekstrem. Serangga perosak pun satu hal. Semut atau anai-anai lagi.

      Delete