Aku pun terjangkit dengan Kak Nur. Baru aku tahu wujudnya roti hamlet. Roti hamlet tu macam roti John tapi bukan. Sedap pulak tengok sebab mudah nak buat dan bahan pun tak banyak.
Versi aku lain sikit. Aku panggil roti kapit telur. Guna roti hiris Gardenia. Dalam tu, aku sapu kaya Gardenia. Takde butter. Cek dalam peti ais, ada minyak sapi. Aku guna untuk panaskan kuali.
Roti hiris tu aku potong 4. Kerak tepi roti aku asingkan. Tak guna. Tapi jangan buang. Boleh bakar dalam air fryer dan makan cicah air kopi. Oh, nikmatnya!
Nak buatnya roti kapit telur bukan hamlet (panjang namanya) ni mudah je. Cepat pun cepat. Aku buat ni versi mini. Sekali ngap dalam mulut. Kalau nak besar, tak perlu potong 4 pun roti tu. Potong 2 pun jadi.




20 Comments
Hari tu Nieza, lepas tu Tot dan sekarang BK pulak. Nak kena terpengaruh jugak la ni. Hihi
ReplyDeleteKena lah nampaknya. 😆
DeleteBolehlah cuba try buat
ReplyDeleteSila Wak. 😅
DeleteSaya memang teringin sekali mencubanya buat sendiri di rumah, mas.
ReplyDeleteRoti macam ini, ditemani susu panas pada waktu pagi, memang pasti luar biasa.
Buat banyak-banyak. Sekejap je licin ni. 😄
DeleteAhsudah berjangkit ke BK. Lepas ni siapa buat pula. 😁 Versi masing², tapi tetap sedap sebab ada telur dan kaya, kan.
ReplyDeleteBetul. Rasa berlemak.
DeleteSedap ni boleh try nanti.
ReplyDeleteSila-sila. 👍
Deletecute pulak bite size camni
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
DeleteRoti kapit telur Versi Roti hamelet. Yang penting ngap sedap. hehehe
ReplyDeleteBetul. Sekali ngap tengok-tengok dah licin pinggan.
DeleteWah.. idea ni.. Boleh buatkan untuk anak..
ReplyDeleteSila-sila. 👍
DeleteRoti tu celup telur dulu lah eh.. kemudian letak atas kuali. Nak makan baru sapu kaya.
ReplyDeleteBetul. Celup satu permukaan. Pastu letak permukaan ada telur tu kat kuali.
DeleteTak pernah cuba lagi selalu makan roti bakar jenama ooobun je
ReplyDeletePernah makan jugak yang tu. Liat sikit rasanya. 😓
Delete