Agaknya sempat lagi kot aku nak join geng Shopee Unboxed aka Shopee Wrap tahun 2025. Baru teringat nak publish entri ni. Tapi entah kenapa lupa pulak. Mungkin kuat makan semut. 😅
Aku start beli barang kat Shopee tahun 2018. Waktu tu saja nak cuba beli barang online guna app. Sebelum tu kalau beli apa-apa online kat mana-mana kedai, aku guna website.
Tak banyak sangat pun aku order sepanjang 8 tahun. Dulu awal-awal PKP, syok order Shopee. Tapi bila banyak voucher yang hilang tiba-tiba, aku kurang shopping. Beli pun benda perlu.
Yang ni aku tak pasti kenapa muncul Perfumes, Air Fresheners & Purifiers. Padahal tak banyak pun aku oder. Mungkin termasuk dalam kategori deodorant dan sabun kot?
Bahagian Earphones aku banyak beli. Boleh tengok entri aku sebelum ni pasal earphones yang aku review. Syok beli sebab banyak promo dan voucher waktu tu.
Aku kalau shopping online, selalunya akan fokus lewat malam. Bukan sebab banyak sales tapi sebab line Internet sini laju waktu tu je. Siang punya lah macam siput. 😆
Macam tak logik. Biar betul aku layan live sampai 20.2 jam? Entah live siapa lah yang aku tengok. Khairulaming dan sambal nyet dia?
Benda paling mahal Mobile Phones? Pelik. Tak pernah aku beli phone dalam Shopee. Ni mungkin sub category. Macam casing, screen protector dan lain-lain. Sebab selalu jugak aku beli benda-benda tu.
Total spent RM6317? Macam banyak sangat. Ni mungkin harga asal tanpa diskaun. Kalau ikut harga lepas diskaun, rasanya tak sebanyak tu.
Aku kalau beli barang, akan usaha cari promo atau diskaun. Dan selalunya barang-barang yang aku beli, payah nak jumpa kat kedai fizikal.











20 Comments
Huhu... RM6k okay lagi utk tempoh 8tahun... sy punya 25k haha... suami hanya mampu senyum
ReplyDeleteBanyak betul tu. 😱
Delete20.2 jam tu total keseluruhan tengok live stream. cie pulak 20k untuk 8 tahun. hahaha. banyak menyoping barang2 office jugak waktu dinner & lain2.
ReplyDeleteSaya suka layan live. Sebab masa tu tengah menggila kumpul coins.
DeleteWah, seronok ni. Rasa macam tengok kawan lama datang bawa hadiah besar ya.
ReplyDeleteCara mereka perkenalkan teknologi baru tu memang buat kita teruja, tapi tetap ada vibe mesra yang dekat di hati pengguna. Bukan sekadar shopping, tapi pengalaman yang buat kita rasa dihargai.
Tepat sekali. 👍
DeleteKadang tak sedar pun brp banyaknya duit keluar, hinggalah tengok rekod belian gini kan. Apapun selagi tak membazir okay je kan
ReplyDeleteMacam tu lah. Tapi rasanya ada jugak terselit yang tak perlu tu. 😓
Deletewah terer lah Bk kendalikan shoppee. Akak emm manjang je shopping walaupun benda kecik. hehehehe
ReplyDeleteSebab saya beli bila ada promo. Kalau tak, tak bukak pun Shopee.
Deletewahhhh berhemah BK di shoppee.. nanti ana share ana punye ahaksss seraammm~
ReplyDeleteSila-sila. 👍
DeleteBaguslah sebab BK beli benda yang tak ada di kedai fizikal. Memang shopee ni naik dulu masa PKP kan. Semua orang beli online waktu tu.
ReplyDeleteWaktu tu jadi kegilaan. Banyak diskaun dan voucher.
DeleteLama dah tak buka shopee.. at one time mmg suka beli online ni hihii
ReplyDeleteKalau perlu, boleh bukak.
DeleteSha suka lagi guna shopee kalau beli belah.. Tapi macam BK cakaplah makin kurang voucher dia sekarang ni..
ReplyDeleteKann. Saya perhati memang kurang sangat. Voucher menarik dulu-dulu banyak dah hilang.
DeleteNengok entry ni baru teringat ada snap untuk sendiri punya tapi lupa manjang nak buat.
ReplyDeleteKena buat. Nak tahu jugak. 🤭
Delete