Sampul duit raya Notti Pet Food 2026.


Ada orang share pasal sampul duit raya comel ni. Dapat free bila beli mana-mana barang dalam kedai makanan haiwan Notti Pet Food kat Shopee.


Aku macam tertarik tengok design sampul tu. Maklum lah. Nak kumpul sampul versi bank dan mall, payah nak dapat. Lagi-lagi mall yang besar-besar. Nak dapat sampul kualiti biasa-biasa pun kena spend barang shopping sampai ratus-ratus. 😥



Sampul Notti Pet Food ni comel. Saiz mini. Kena lipat duit kalau nak guna sampul ni. Tapi kreatif betul siapa yang design sampul ni. Siap boleh bukak pintu kat depan tu.


Bukak-bukak, ada kucing tengah makan lemang dan kuih-muih. Kherlass kucing zaman sekarang. 😆

Post a Comment

10 Comments

  1. menarik..kreatif designer nya...menepati tema kedai..

    ReplyDelete
  2. Haa ni saya nampak iklan kat ig haritu. Kena pembelian berapa RM utk dpt sampul tu? Saya usha produk notti ni mahal2 jugak

    ReplyDelete
  3. Comel lah sampul nya..kualiti pun nampak elok je...

    ReplyDelete
  4. Haah sekarang sampul raya dia buat design cinonit je tapi bila tenguk wow juga. Kratif sungguh lah depa semua boleh cipta macam-macam gaya sampul duit raya.

    ReplyDelete
  5. Wah, lawa. Comel kucing makan lemang. Pandai tarik orang beli produk pet food. BK ada bela kucing kat rumah ke?

    ReplyDelete
  6. Sampul raya yang unik ya, Kak. Aku pun lebih memilih belanja yang dapat hadiah tanpa minimal pembelian gitu, Kak.

    ReplyDelete
  7. Terpaling comel... sekarang dah jarang keluar sampul raya kecik ni. Dulu Public Bank kerap ada.

    ReplyDelete