Sampul duit raya Pos Malaysia 2026.


Singgah kejap pejabat pos. Sampul duit raya dah keluar. Kena cepat beli. Kalau tak, nangis kat bucu katil pulak nanti. 😂

Macam tahun lepas, sampul dari Pos Malaysia ni jadi rebutan peminat-peminat sampul seantero Malaysia. Dapat je info yang sampul ni mula dijual, ramai yang serbu pejabat pos. Ada jugak yang booking siap-siap.


Masa aku singgah pejabat pos, sampul ni banyak lagi. Mungkin diorang tahu yang sampul ni banyak permintaan. Tahun lepas pun ada sesetengah cawangan cepat je sold out.

Aku beli 4 set.  Asalnya nak beli 5 set. Tapi harga makin naik lah. Dari RM6 (tahun lepas) jadi RM8. Lagipun aku beli bukan nak guna. Simpan buat pekasam. Cukup lah 4 set. 😅






Setiap set ada 10 keping sampul. Dalam 10 keping tu, ada 2 design (5 keping setiap design). Menariknya, sampul ni boleh gabung. Kalau letak secara melintang, boleh nampak yang gambar kat sampul tu bersambung.


Dari segi kualiti, macam biasa lah. Pos Malaysia memang jaga kualiti sampul diorang. Bukan jenis tangkap muat. Permukaan sampul ni jenis matte dan kertas yang diorang guna boleh tahan tebal macam tahun lepas jugak.

Post a Comment

12 Comments

  1. Linda pun nampak geng sampul raya dekat FB up sampul raya pej pos..ehhh, lawanya..tapi, tula, takde pej pos yang berdekatan..

    ReplyDelete
  2. cantik jugak. tak pernah tau pulak PP ni ada jual sampul jugak. lama dah tak jejak PP.

    ReplyDelete
  3. Lawa bila dideretkan bersama. Tak tahu pun PP ada sampul duit raya. Lama dah tak pi PP

    ReplyDelete
  4. perasan gak org share & cantik designnya tu!

    ReplyDelete
  5. Lawanya design dia. Efficient sungguh BK, seperti biasa. 👍😊

    ReplyDelete
  6. Lawanya! Nampak meriah & ceria, kena dgn suasana raya

    ReplyDelete
  7. Wah, sempat lagi beli awal! 😂 Memang tahun ni mesti rebutan macam biasa. Design pun kreatif... Cantik 😍

    ReplyDelete
  8. Meriah sekali amplop hari raya dari Pos Malaysia. Kalau saya dulu suka mengkoleksi perangko dari Malaysia saat kakak saya yang saat itu kerja di Malaysia kirim surat ke Indonesia.

    ReplyDelete
  9. Kalau sampul matte sedap dipegang.. lembut je. Gamaknya orang beli memang nak simpan je. Bagi kat budak² karang diorang buang je huhu

    ReplyDelete
  10. Sampul duit raya Pos Malaysia 2026 ni siap ada “hidden feature” rupanya! Bila susun melintang, gambar dia bercantum jadi satu visual penuh ..kreatif betul design kali ni.

    ReplyDelete