Sampul duit raya Halo Telco aka TuneTalk 2026.


Sampul ni aku beli kat TikTok. Tak sangka pulak tahun ni dorang jual sampul. Aku apa lagi, terus beli.

Setakat ni, ni sampul duit raya pertama dari telco yang aku ada. Nanti plan nak pergi jugak ke mall. Nak collect sampul telco macam CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.

So far, TikTok ni bagus. Cepat je sampai. Lagi cepat dari Shopee dan Lazada. Mungkin kawasan rumah aku ni tak ramai yang beli barang dari TikTok?




Dalam set ni ada 5 ketul sampul. Sampul ni kualitinya biasa-biasa je. Kertas jenis murah macam kat pasar malam. Tapi tak kisah lah. Asal boleh kumpul. 😄

Post a Comment

16 Comments

  1. rajin betul BK beli sampul. kalau saya, tunggu dapat free je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat free dari kenalan takde masalah. Tapi kalau tunggu free bila buat pembelian barang, masak lah. Kadang barang shopping lagi mahal dari sampul. 😂

      Delete
  2. baju raya dia merah sangat lah pak ngah

    ReplyDelete
  3. merahnya baju raya. teringin nak tengok koleksi kesemua sampul raya BK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dalam storage box. Sampai sudah tak rajin nak susun dalam album. 😭

      Delete
  4. comeyyyy gambar tu.
    Semalam akak ada pergi MrDiy sebelum bayar tanya SDR tapi katanya dah habis. Sayanglah juga beli 200 lebih tak dapat SDR. Staff tunjuk SDR kat rak yang boleh dibeli.. cantik-cantik designnya. Ada tulisan dan gambar yang timbul. Nampak harga RM0.80 - RM0.90 untuk 6 pcs tapi tak beli pun 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Sayangnya. Sebab setiap pembelian RM40 dapat sampul. Ni kalau ikutkan, dapat 5 set sampul dah tu.

      Sampul kat rak biasa-biasa. Saya pun tengok je. Beli tak. 😅

      Delete
  5. Wah di sini juga sama, Kak. Selama bulan ini belanja di Shopee tuh seminggu baru sampai. Tapi kalau belanja di TikTok hanya tiga hari udah sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang jadi persoalan. Ramai yang shopping Shopee? Atau kurang yang shopping TikTok?

      Delete
  6. waahh comel juga kalo telco punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telco banyak yang lawa tiap tahun. Ni pun tak sempat nak pergi kedai telco lagi.

      Delete