Masih lagi info mengenai sticker dan sampul duit raya. Bukan apa, banyak lagi yang aku tak sempat nak update. Kes badan lemau dek cuaca panas terik. Nak menaip pun terpaksa spend masa malam-malam.
Aku beli sampul duit raya Elianto kat TikTok. Tak perlu beli mana-mana produk pun. Boleh terus beli sampul. Dan dapat free sticker raya bila beli sampul ni. Harga set tu RM6.88.
Sticker raya ni nipis je. Patut lah masa aku bukan packaging tu, ada kertas lapik kat belakang sticker tu. Mungkin tak nak bagi sticker kemik. Bagus jugak company ni. Ada inisiatif sendiri.
Sampul duit raya tu pulak, dalam set tu ada 5 ketul sampul. Warna lain-lain tapi design sama. Gambar 3 orang perempuan tengah sakan makan. Tudung dan baju perempuan kat tengah tu je berubah-ubah warna ikut warna tema sampul. 😄





7 Comments
Bertambah lagi koleksinya 👍🏻
ReplyDeleteCeria designnya 👍👍
ReplyDeleteTertanya- tanya, BK dah ada berapa banyak koleksi sampul raya? Memang simpan sahaja atau ada yang digunakan?
ReplyDeleteAnak2 ada dapat duit raya guna sampul elianto dan ye, mmg nipis nau. Ammi biasanya akan simpan juga sampul yg cun dan keras utk digunakan semula masa salam kaut bagai. Tp yg elianto tak boleh disimpan sbb budak buka je terus koyak bahagian penutup tu
ReplyDeleteComel betul sampul dan sticker dia..
ReplyDeletekemain merah pipi dia.
ReplyDeletehaah sweet lah corak dia
ReplyDelete