Dapat sticker KFC x Butterbear lagi.


Masa keluar ke bandar, aku singgah KFC. Niatnya nak tanya pasal sampul duit raya. Aku pernah call dan mintak staff tolong simpan 2 ketul sampul 2026.

Tapi masa kat kaunter, staff cakap tak tahu. Mungkin staff yang aku call tu tak masuk shift lagi. Staff lain offer nak bagi aku sampul tahun lepas. Aku okey je.


Aku tanya jugak ada lagi ke tak sticker Butterbear. Staff kata ada. Aku pun order lah sekali lagi set Chicky Meal. Kali ni aku order ayam goreng. Sebab nak tapau bawak balik. Kalau makan situ, aku order nuget je.


Dan sebab aku dapat voucher yang Hotlink bagi, dapat lah seketul lagi ayam dan nasi percuma. Aku dapat voucher ni masa main game pusing-pusing dalam app setiap Ahad.


Ayam goreng yang KFC bagi setakat ni saiznya boleh tahan besar. Tak macam dulu. Saiz anak puyuh. Kalau kecik, aku boikot ayam goreng. Order menu lain. 😂

Post a Comment

5 Comments

  1. sekeping je ya dia punya sticker tu?

    ReplyDelete
  2. Banyak gak hadiah main game pusing² hari Ahad tu ye. Akak baru perasan kat app Hotlink. Lama tak makan keepci.

    ReplyDelete
  3. Wah, seru juga jadi kolektor sticker KFC x Butterbear 😄
    Kadang yang bikin senang itu bukan cuma makanannya, tapi sensasi dapat sticker random dan ngumpulin desain yang belum punya. Apalagi kalau akhirnya dapat sticker baru lagi, rasanya pasti puas banget. Artikelnya ringan dan enak dibaca sampai habis.

    ReplyDelete
  4. Cuya ni tak pernah merasa dapat sticker free kalau beli kfc. Kfc pon dah jarang beli.

    Sticker gempakstarz Cuya pon dah bagi pada anak buah. Sebab lama nau dah collect sayang tak berpakai. Jadi let go je hehe

    ReplyDelete