Pokok jambu bertih putih dah berbuah.


Alhamdulillah. Setelah sekian lama pokok ni duk atas tanah, akhirnya berbuah jugak. Aku punya lah ingat pokok ni takkan berbuah. Rupanya belum matang barangkali waktu tu.

Masa minggu pertama raya, aku perasan ada bunga-bunga cinta mula tumbuh. Tak sempat pulak nak snap gambar waktu tu. Sakan beraya katakan. 😂

Tak lama tu, ada buah putih. Kejap je buahnya membesar walaupun saiznya takde lah besar macam buah jambu air.





Pokok jambu bertih ni aku beli kat Shopee. Sekali dengan warna merah. Tapi pokok jambu merah tu tak sempat membesar, dah kojol. Tinggal lah pokok jambu putih.

Masa aku kecik, arwah Abah aku pernah tanam pokok jambu putih ni kat belakang rumah. Tapi belum sempat merasa buahnya, kitorang kena pindah pergi daerah lain pulak. 😭

Maka, dengan adanya pokok ni sekarang, lepas jugak kempunan nak makan buah jambu bertih putih ni.

Rasa jambu bertih ni tak semanis jambu air. Sebab kecik. Jadi isinya tak banyak. Tapi rasa tak kelat. Nak terus makan gitu pun boleh.

Post a Comment

6 Comments

  1. Lama tak jumpa pokok/buah jambu bertih ni. Buah² jambu gini la snacks kitorg kecik² dulu. Segala macam buah jambu ada di kampung dulu.

    ReplyDelete
  2. Sedap ni buat colek. Kurang masam berbanding bertih yang merah tapi yang merah lebih banyak air.
    Dulu kat rumah arwah nenek ada tanam juga.. kalau difikir balik banyak betul buah² zaman dulu keliling rumah.

    ReplyDelete
  3. Sedap ni makan dengan kicap, gula, cili api.

    ReplyDelete
  4. Wah seronok tengok pokok jambu bertih putih ni akhirnya dah mula berbuah. Lagi puas hati bila tanam sendiri dari kecil sampai keluar hasil pertama. Kadang pokok buah memang perlukan masa dan penjagaan yang konsisten sebelum betul-betul menjadi. Buah dia nampak segar dan comel dalam gugusan, mesti rasa teruja masa nampak buah pertama keluar tu. Artikel ni pun santai dan sedap dibaca sebab cerita pengalaman sendiri berkebun di rumah.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya jambu bertih.. Tempat Sha ni selalu nampak yang warna merah.. Putih tak pernah nampak.. Ini kalau dekat, Sha minta sikit dekat BK.. Jambu ini sedap makan macam tu ja..

    ReplyDelete
  6. Dah jarang jumpa jambu putih sekarang ni. Sedap ni makan cicah kicap+gula+cili api…

    ReplyDelete