Masa masuk 7e, aku terus ke bahagian roti. Nak cari roti baru Gardenia, Matcha Midori. Sebab kat kedai runcit yang aku selalu pergi, tak masuk lagi.
Alhamdulillah. Kat 7e ni ada stok. Aku ambil 2 ketul. Nak jugak rasa macam mana sedapnya roti viral ni. Aku sempat tanya staff situ. Dia dah makan. Tak sedap katanya. 😂
Balik rumah, aku cuba try test. Semerbak dengan bau matcha. Atas roti ni ada salutan coklat dan matcha. Dalam tu, ada krim matcha.




8 Comments
Tadi PH pegi kedai Aceh. Kemain taukenya promote kata sedap. PH matcha ni kureng gemar. Nanti beli suruh anak² la review.
ReplyDeleteRasa matcha ni boleh lah. Cuma roti tu keras sikit.
DeleteMatcha kena pahit² sedap 🤣
ReplyDeleteYang ni pahit manis. 😂
DeleteSha tak suka.. Dah rasa.. Sekali tu je jumpa.. Lepas tu dah tak jumpa dah..
ReplyDeleteSo far tekak saya boleh terima lagi rasa gini. Mungkin sebab ada coklat. Kalau tak, memang pelik.
DeleteWah kena cari ni
ReplyDeleteSila-sila. 👍
Delete