Pengalaman ujian fizikal pegawai maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia T13.


Aku just nak share pengalaman aku pergi buat test fizikal badan beruniform baru-baru ni. Jujurnya tak sangka aku boleh lulus ujian komputer bagi jawatan Leftenan Muda Maritim Gred T13. Selalunya bila part ujian komputer, aku selalu gagal walaupun memang 200% confident jawab setiap soalan.

29 Julai 2021 - Ujian komputer SPA


Hari aku buat ujian komputer under Surujahanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan kali ni agak mudah kalau nak dibandingkan dengan soalan-soalan yang aku pernah jawab untuk jawatan lain. Ada dua part:
  • Daya penyelesaian masalah (math)
  • Kefahaman Bahasa Inggeris

Setiap part ni ada 20 soalan. Lebih kurang level SPM kebanyakan soalan tu. Cuma ada beberapa soalan bahagian daya penyelesaian masalah yang memang aku tak boleh nak jawab. Sebab pening duk fikir cara nak selesaikan. Kebanyakan soalan memang mudah tapi tricky, yang buat aku blur kejap dan waswas dengan jawapan tu.

Part Bahasa Inggeris pulak ada banyak soalan yang memang nak uji grammar dan vocab. Kebanyakan soalan berkaitan dengan isu semasa. Ada soalan artikel yang berkaitan dengan maritim. Contohnya pasal filem Plastic Ocean.

4 Ogos 2021 - Keputusan ujian komputer


Alhamdulillah. Aku lulus. SPA ada hantar keputusan melalui emel. Kena selalu alert dengan emel dari SPA. Ada calon yang tak dapat emel dalam inbox tapi bila check dalam bahagian spam, ada pulak.


Pernah terjadi kat aku. Tapi ujian SPiER untuk Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29. Aku tak dapat jemputan pun dalam emel. Inbox dan spam pun takde. Bila semak dalam portal SPA, ada pulak nama aku kat situ.

Apa-apa pun, ni lah first time aku lulus ujian komputer. Tak sangka pulak. Mungkin rezeki untuk aku pergi ke peringkat seterusnya.

20 September 2021 - Panggilan ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan


Sekarang aku dah balik rumah kat kampung. Tapi aku buat alamat dalam portal SPA tu, aku ada kat Putrajaya. Bila dapat panggilan untuk pergi check fizikal, sepatutnya aku kena pergi ke Putrajaya. Kena rentas negeri ke? Tak. Ada kelonggaran. Waktu ni kan tak boleh rentas negeri. Jadi, tak perlu rentas negeri pun kalau tempat ujian dalam kertas tu tak sama dengan negeri yang kita ada sekarang. Nak pergi ke Putrajaya boleh je. Tapi leceh sebab tarikh ujian tu 28 September 2021. Seminggu lebih je.

Aku tetap call dulu sebelum gerak. Aku cuba call SPA tapi tak berjawab. Aku pun call HQ Maritim kat sini. PIC yang handle pasal pengambilan ni inform suruh datang kat APMM pada 27 September, bukannya 28. Lain negeri, lain tarikh ujian.

27 September 2021 - Ujian ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan


Pagi-pagi lagi dah start gerak ke sana sebab pendaftaran bermula pukul 7.30 pagi. Kat tepi-tepi pintu pagar dah boleh tengok berderet kereta yang parking. Memang penuh.

Tak silap aku ada lebih kurang 80 lebih calon yang datang termasuk aku. Semua kena pakai baju sukan, mask dan sarung tangan getah. Sebelum daftar masuk, memang kena scan MySejahtera. Bagus. SOP, penjarakan fizikal memang dijaga kat sini.

Kena berbaris untuk daftar nama kat kaunter pendaftaran. Kena bagi surat tawaran dan IC. Lepas tu kena masuk dalam dewan dan duduk sementara tunggu calon lain setel daftar. Waktu tu ada lah beberapa maklumat yang pegawai dan team diorang kongsi. Aku dengar je dengan peka. Tapi disebabkan dewan tu tertutup, suara team diorang memang bergema 100%. Dengar tak dengar. Nasib baik calon-calon lain sempoi je. Bila kurang jelas, masing-masing tanya orang sebelah.

Bila dah selesai daftar, semua calon kena keluar dari dewan dan tunggu kat luar. Duduk kat kerusi. Hanya setiap 10 calon yang dibenarkan masuk dalam satu-satu masa. Masa tunggu kat luar, memang boleh dengar lah calon yang terpekik sebut abjad dari Snellen eye chart. 

Kena lepas at least 6/9 tau.

Dalam dewan tu ada dua kaunter. Satu tempat ukur BMI dan satu lagi tempat nak test mata. Guess what? Aku tak lepas nak baca abjad dalam Snellen eye chart tu. Kabur terus. Tak tahu lah sebab aku nervous atau sebab aku memang rabun. Tapi aku rasa memang mata aku ni rabun. Tak nampak pun setiap huruf dalam chart tu.

Ujian dalam ni ada beberapa level iaitu:
  • Level 1: Check BMI
  • Level 2: Check mata
  • Level 3: Check fizikal (kaki, badan, jari, gigi dsb)
  • Level 4: Test kawad
  • Level 5: Lompat jauh berdiri
  • Level 6: Lari ulang-alik

Disebabkan aku tak dapat baca Snellen eye chart, jadi segala mak nenek atok moyang level lepas tu aku pun tak layak untuk join. Boleh balik rumah sambung tidur tanpa ragu-ragu. Kecewa? Tak kot. Mungkin bukan rezeki aku untuk masuk beruniform. Lasik? Boleh buat kalau ada duit lebih. Pegawai APMM tu pesan kalau tak dapat kat sini, mungkin rezeki aku ada kat tempat lain.


Itu lah kronologi kegagalan aku untuk masuk APMM. Sedih woo. Baru feeling-feeling nak jadi macam Senzaki. Bagi bantuan bila ada kemalangan kat laut. Mungkin ada mereka yang lagi layak masuk. Mungkin jugak dah tertera bukan rezeki aku nak masuk badan beruniform. Entah. Selagi ada masa dan peluang, selagi tu aku akan kejar impian aku. Orang kata, rezeki tak pernah salah alamat.

Untuk yang berjaya lepas ujian ni, semoga korang pun berjaya lepas temuduga nanti. Jadi pegawai yang betul-betul komited dalam setiap tugas. Ganbatte!

Post a Comment

8 Comments

  1. InshaaAllah, ada rezeki di tempat lain..suka tengok uniform warna putih..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, mungkin rezeki ada ditempat lain

    ReplyDelete
  3. Insha Allah ada rezeki lain. Bagus juga dia check mata dulu. Buatnya dah berlari melompat bagai tetiba tak lepas. lagi sedih

    ReplyDelete
  4. InshaAllah rezeki awak ada dekat luar sana...btw ada perempuan tak masa tu? Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Ada. Ramai jugak perempuan yang join.

      Delete