Lama sudah aku nak cuba makan snek terbaru dari Cloud 9 ni: CrispyKrunch versi Hazelnut dan Pretzel. Tak silap aku dalam bulan Jun dah ada kat kedai. Tapi waktu tu ada dalam bentuk pek jumbo.
Aku tak beli lah waktu tu. Sebab harganya bukan murah. Lagipun aku nak seketul je dulu. Nak test makan.
Tak lama lepas tu, 7e iklan pasal snek ni. Ada versi seketul. Aku apa lagi, terus pergi 7e. Harga seketul RM3.50. Masa aku pergi tu, hanya ada versi Hazelnut je.
Aku masuk pasar raya kawasan tu. Jumpa jugak snek ni. Ada kedua-dua versi: Hazelnut dan Pretzel. Aku beli versi Pretzel. Harga seketul RM2.60.
Lepas tu, aku pergi Ecoshop. Sini lagi murah. Harga snek CrispyKrunch ni RM2.40 je. Tapi sebab aku dah beli tadi, aku tengok je lah. 😂
Masuk 7e sekali lagi beberapa hari kemudian, ada promo. Harga seketul snek versi Hazelnut RM2.00 je. Memang aku tak lepaskan peluang. Terus ambil seketul (sebab ada seketul je situ). 🤣
Balik rumah, aku cuba. Rasa coklat snek ni sangat lah kuat. Sedap. Macam rasa coklat mahal pun ada. Coating luar tu aku saspek diorang guna bahan yang sama.
Yang lainnya, isi dalam snek tu. Versi Hazelnut, ada ketulan kacang. Versi Pretzel, ada serpihan pretzel.
Cuma yang kureng, aku tak suka tekstur dalam kedua-dua snek ni. Tekstur rapuh macam biskut hancur dalam tu buatkan aku cepat muak. Sekali telan, aku minum air. Macam kering sangat rasanya. 😅
14 Comments
Uishhh cloud nine baru ni... kena cuba...
ReplyDeleteBaru lagi.
Deletesekali tgk mcm brownies pun ya ;-)
ReplyDeleteLebih kurang. Versi baru ni tak sama dengan style biasa snek yang Cloud 9 buat.
DeleteRasa puas hati bila dah mencuba kan.
ReplyDeleteDan lega rasanya. 😄
Deletewah nampak juga iklan dia tapi belum jumpa lagi.
ReplyDeleteSekarang snek ni dah ada di mana-mana. Senang nak dapat.
DeleteYelah, nampak dia macam agak kering dan tak melekat-lekat gitu. Kalau rasa coklat dia kuat tu best makan.
ReplyDeleteKering tu yang tak best. Kalau buat versi lembap sikit, lagi menarik.
Deletewah, kita suka yg begini.
ReplyDeletesemalam pergi 7E tapi tutup, hari ni tidak berhasrat utk ke sana. esok mungkin. hehe...
Masuk ECO pun boleh. Sana ada 2 versi. So far 7e ada versi hazelnut je.
DeleteKena try ni .. CCL pun baru tahu Cloud9 ni ada keluaran yg baru
ReplyDeleteSila-sila. 😀
Delete