Merdeka tahun ni duk rumah je. Main masak-masak. Nak keluar, nanti terpaksa melayan jem tengah jalan. Tu belum masuk mall lagi. Risau.
Walaupun tak ke mana-mana, semangat kemerdekaan tu tetap ada. Tiap tahun, wajib gantung Jalur Gemilang luar rumah. Bangun awal pagi nak tengok perarakan kemerdekaan kat TV.
Beberapa kali aku diajak tengok live. Aku tolak. Aku jenis tak suka tempat sesak. Ditambah lagi bingit. Nanti pening satu kepala.
Aku perasan. Tahun ni kurang sambutan hari biasa (at least kat tempat aku) melainkan waktu perarakan Hari Kebangsaan. Dulu meriah betul bila keluar rumah. Hampir setiap rumah gantung bendera. Kereta kat jalan raya pun tak terkecuali pasang bendera.
Bendera mahal? Sekarang banyak kedai jual murah-murah. Nak bagi setiap orang ada bendera. Ecoshop contohnya. Jual RM2 je.
Sempena Merdeka tahun ni, masak lah aku rendang ayam. Guna bahan yang ada kat dapur je. Kerisik ada lagi stok dari raya hari tu. Daun kunyit ambil kat laman rumah je.
11 Comments
Selamat Hari Merdeka 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
ReplyDeleteKami pun duduk rumah je, tengok perarakan Merdeka di TV.
Sama lah kita. Sambut dari rumah je.
DeleteSalam Merdeka...kemenangan mereka menambah kegembiraan menyambut hari merdeka..
ReplyDeleteKann. 😄
Deleteweols pun di rumah saja, masak utk pakmentua.
ReplyDeletelayan live perarakan sebab nak tgk human grafik. sekolah anak terlibat, rasa teruja. tapi anak tak terlibatla. dorang taknak dan kelas tidak dibenarkan sertai.
Ramai-ramai tengok lagi meriah.
DeleteSelamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68. Macam biasalah hari Merdeka tengok perbarisan di TV je. Saya pun malas nak bersesak tengok live di lokasi. Siap merendang ayam lagi tu. Macam vibes raya pulak. Berdebar betul tengok badminton tu. Sayangnya Pearly dan Thinnah tak dapat gold. Kalau tidak, dua dua beregu dapat bagi hadiah emas buat Malaysia.
ReplyDeleteSaya memang macam ni. Bila ada masa lebih, main masak-masak lah jawabnya.
DeleteSayang betul. Sikit lagi nak menang. Tapi nak buat macam mana, lawan diorang lagi better waktu tu. 😌
Selamat Menyambut Hari Merdeka..
ReplyDeleteSalam Merdeka. 😄
DeleteTahun ni CCL sempat juga la pergi tengok perarakkan merdeka
ReplyDelete