Dapat sticker Ube Bae yang ZUS bagi.


Bermula 17 September, ZUS buat promo baru. Kali ni ZUS jadikan salah satu maskot diorang, Ube Bae sebagai promo. Maka, penuh lah kedai dan app kali ni dengan warna ungu.


Kenapa ungu? Sebab ada beberapa air dari ubi ube yang digabungkan dengan beberapa perisa macam latté, frappé dam coklat. Tengok warna, menarik. Aku tak pernah lagi minum air Ube Series ni.


Total perisa sempena Ube Series ni ada 4. Ikutkan hati, nak je aku cuba semua tu. Tapi risau pulak tak kena dengan cita rasa aku nanti.

Ube tu apa?


Aku cari info pasal ube. Kalau ikut apa yang ZUS maklum dalam FB, ube ni ubi asal dari Filipina. Kat Malaysia, ube ni dipanggil ubi badak (Dioscorea alata). Ikut pemahaman aku lah. Ube ni tak sama dengan ubi taro, ubi keledek atau ubi keladi walaupun semua tu warna ungu.

Ada voucher diskaun RM2




Paling best kali ni, ZUS bagi voucher off RM2 sempena promo ni. Voucher diskaun ni boleh guna untuk beli air Ube Series. Kod voucher tu kena masuk manual (ZM25FPXRM2).

Dapat sticker free





Macam biasa lah. Tiap kali promo, mesti ada free gift. Setiap pembelian mana-mana air Ube Series, akan dapat sticker percuma. Sticker ni lain sikit. Siap ada kertas khas untuk tampal sticker dan warna gambar dalam tu.


Rasa air Ube Tiramisu Frappé sedap. Manis berlemak. Dalam cawan tu, ada 3 lapisan. Bawah ada ube, tengah ada susu dan atas sekali ada serbuk tiramisu yang diorang tabur.


Cuma agak manis bila aku sebatikan campuran tu. Aku pilih Regular Sweet masa order. Siapa yang tak suka manis, mungkin boleh order versi Less Sweet.

Lepas tu, aku order lagi air ungu. Aku beli Iced Ube Latté. Air ni versi paling simple dalam Ube Series. Bahagian bawah cawan ada ube. Bahagian atas ada susu.


Air ni pun sedap jugak. Rasa lebih light walaupun agak manis. Aku beli sebab nak guna voucher dan nak dapat sticker lagi. 😄


Masa aku lepak sini, takde orang selain aku. Yang datang order pun, tak duduk situ. Jadi, takde lah segan aku nak snap gambar segala. 😄


Setakat ni, promo Ube Series hanya ada sticker je. Cup sleeve dan paper bag takde. Tak pasti pulak aku diorang akan buat penambahan item atau tak lepas ni. Aku tanya staff situ. Katanya belum ada info pasal barang lain.

Post a Comment

20 Comments

  1. Nanti kalau dah viral mesti ada up lain lagi kut promo dia sebab baru lagi kan. Warna menarik

    ReplyDelete
  2. Menarik warnanya. Suka juga ubi keledek purple ni. Bila dijadikan minuman macam rare pulak kan. Biasanya kuih muih atau kek. Macam best juga nak cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Menarik bila buat air. Lawa pulak jadinya.

      Delete
  3. Nak order tapi takut tak sedap. Duk meriah sangat kat apps setiap kali nak klik mission tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far saya suka rasa air ube ni. Kena dengan cita rasa.

      Delete
  4. mempesona betul warnanya, jika warna hijau pun lawa gak kan? seb baik takde ube hijo, ahahaha~
    membayangkan rasa seperti yg digambarkan, rasa sedap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hijau mungkin versi pandan. Sebab matcha dah ada. 😆

      Delete
  5. kaler dia cantik betul. adik saya beli ni haritu, dia cakap sedap
    saya pulak bulan ni langsung tak minum zus lagi hahaha

    ReplyDelete
  6. Akak pun musykil juga, apa benda ube ni. Ubi purple rupanya, dari Filipina. Thanks, share info pasal ni, BK. Wah, dah try 2 jenis kopi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Nanti nak try perisa lain pulak. 😂

      Delete
  7. baca komen ramai cakap air ube ni sedap...
    warna pun cantik

    ReplyDelete
  8. Cantik pulak kaler purple nya tu.

    ReplyDelete
  9. Pernah minum anak belanja ..sama dekat Zus Coffiee

    ReplyDelete