Tiap-tiap minggu aku tak pernah missed tengok cerita Extraordinary You kat TV2. Aku tengok pun sebab ada Kim Hye Yoon, watak utama drama Lovely Runner yang pernah tayang kat TVS beberapa bulan lepas.
Aku buat research sikit. Extraordinary You ni takde lah popular sangat kat Korea masa ditayangkan. Rating average gitu. Tapi kebanyakan international fans suka cerita ni. Sebab ada konsep yang fresh dan lain dari tipikal drama Korea.
Extraordinary You asalnya dari webtoon (komik digital) Korea. Tajuk asal July Found by Chance oleh penulisnya, Moo Ryu. Kisahnya pasal pelajar perempuan yang sedar dia rupanya hidup dalam dunia komik sebagai watak tambahan (extra). Dia cuba ubah plot cerita hidup dia tapi terpaksa hadap kisah yang ditetapkan oleh penulis.
Masa aku layan awal-awal, cerita ni lucu je. Bila masuk part tengah, terus sedih. Bayangkan perempuan tu dah berjaya ubah plot lepas tempuh halangan berduri tapi ada harga yang dia kena bayar pulak lepas tu.
Tarikh tayangan: Bermula 17 Julai 2025
Waktu: Rabu & Khamis, 8.00 malam
Siaran TV: TV2
Sekarang ni dah minggu akhir. Esok episod 16. Episod last. Harapnya ada lah happy ending buat dia. Kalau tak, memang aku menyampah lah dengan penulis drama ni. 🙄
15 Comments
Woww..Best ea..Macam menarik dengar sinopsisnya tu.huhu
ReplyDeleteBagi saya cerita ni memang best.
DeleteBanyak juga KDrama adaptasi dari webtoon walau kadang rasa macam tak logik tapi layan juga sebab jalan cerita KD ni sentiasa ada kelainan.
ReplyDeleteGitu lah drama Korea. Ada unsur fantasi yang tak masuk akal.
Deleteoh dah nak habis ke. ending camno dia dapat tak rapat dgn pakwe yang dia suka tu.
ReplyDeleteDah habis tengok tadi episod akhir. Happy ending tapi tetap sedih.
DeleteMcm best..tapi tu la sempat tgk berita jer
ReplyDeleteDemi cerita ni, terpaksa tengok berita tengah malam kat TV1. 😅
Deleteeee best siri ni, suka sangat part dan-o panggil haru, haru ar dgn suara husky dia tu. tapi kita suka pelakon yg bawa watak dried squid fairy, hehe. siapa yg belum tengok tu, pi la tengok.
ReplyDeleteKann. Perempuan tu memang kelakar. Sotong Kering tu sampai akhir watak dia ada. 😄
Deletekmieja tak sempat nk menonton....seronok ada me time
ReplyDeleteRabu dan Khamis je layan. Tu pun sejam. 😂
Deletesy tahu drama ni tp tak tgk lagi...
ReplyDeleteKena tengok. Menarik drama ni.
Deletepernah dengar tajuk cerita ni, tpi tak tengok. ada kdrama yg tajuk hampir serupa, extraordinary attorney woo je yg saya tengok.
ReplyDeleteheroin dia ni saya pestime tgok dia berlakon kat lovely runner