Lama sudah aku tak masuk CU. Kalau masuk pun, aku beli jajan je. Tak sempat nak lepak situ beli air atau makan ramyun.
Dulu aku pernah beli biskut yang ada marshmallow. Balik rumah, aku letak dalam peti ais. Tapi lupa nak makan sampai expired biskut tu. 😅
Aku plan nak beli lagi biskut marshmallow tu. Tapi ada benda yang lagi menarik perhatian aku: kek pisang.
Kek pisang yang CU ni jual sangat lah unik. Belum pernah aku tengok mana-mana kedai yang jual macam ni. Kek pisang berbentuk buah pisang. 😱
Kek pisang ni lembut. Tak rapuh macam kek murah. Rasanya pun sedap. Tak terlalu manis. Rasa pisang dalam kek ni memang menjadi. Ibarat makan kek pisang home made.





32 Comments
Memang uniklah. Tak pernah jumpa lagi kek pisang bentuk sesisir pisang. Comel je. Betul-betul rasa pisang sebenar guna pisang bukan perasa pisang. Boleh ulang membeli kalau kena dengan selera.
ReplyDeleteItu sebab saya beli. Lain macam rupanya. 🤭
Deleteowh aah laa bentuk pisang hehe, nanti kak ana pi cari nak rasa juga :)
ReplyDeleteSila-sila. 👍
DeleteWahhh kena cari ni.
ReplyDeleteSila-sila. 👍
DeleteLah ye ke. Kat bangunan endocrine HPJ ni ada kedai CU ni. Kena terjah ni. Kadang bila nak masuk ramai orang malaslah pulak.
ReplyDeleteKadang macam tu lah. Bila tak nak beli, tetiba kedai sunyi pulak. 😆
Deletecute bentuk mcm setandan pisang gitu
ReplyDelete😅
DeleteKreatifnya kek pisang berbentuk pisang. Belum pernah jumpa lagi. Tak faham letak jela terus RM5 kan. Mana ada 1 sen dah sekarang kalau kita nak bayar ngam pun.
ReplyDeleteSepatutnya sistem kena update baru. Dulu masuk akal sebab banyak guna cash. Sekarang zaman bayar online. Patut dah tak perlu bundar macam tu.
DeleteMesti guna acuan berbentuk pisang... Tak pernah jumpa lagi. Nanti bole la kirim dekat anak², diorg suka pergi CU
ReplyDeleteNanti review lah jugak lepas makan. 😄
DeleteKena cari juga la kat CU ni. Unik bentuk pisang ya.
ReplyDeleteSila-sila. 👍
Deletesaya kalau masuk CU selalu pergi belah onigiri ataupun topokki kat depan tu. tak perasan ada kek bentuk pisang comel ni. next time kena carilah!
ReplyDeleteTteokbokki ada jugak ke? Tak perasan.
Deletecomelnyaaa bentuk pisang sebenar.
ReplyDeletepandai marketing dorang buat bentuk yg menarik.
Kann. 🤭
Deletekreatif betul...
ReplyDeleteselalu jumpa yg dah siap potong atau sebuku besar...
Diorang buat kelainan. Customer macam saya memang suka benda-benda macam ni. 😂
DeleteMenarik design gitu... lain dari yang lain.
ReplyDeleteBetul. Tak pernah lagi jumpa kedai lain atau jenama lain buat macam ni.
Deletealamak..unik nampak tu, rasa nak beli juga jika nampak di keningau..hebatnya cantik ..
ReplyDeleteKalau CU ada, boleh singgah. 😊
Deleteacuan dia pun unik...macam sesikat pisang gitu
ReplyDeleteTepat. 😁
DeleteAik, apsal tak pernah nampak kek pisang comei ni di CU. Nanti nak cari.
ReplyDeleteKat tempat saya, kek ni tersembunyi sikit. Tapi senang nak cari sebab duk bahagian roti.
Deleteselalunya kalau guna debit ataupun qr, dia tak akan raunding tau.. raunding ini kalau guna cash ja..
ReplyDeleteComel pula dia buat kek pisang tu bentuk sisir buah pisang..
Itu saya pelik. Tak pasti lah kalau semua tempat macam tu jugak.
Delete