Pertama kali masuk Mixue.


Kat tempat aku, ada kedai Mixue. Bukak beberapa bulan lepas. Tapi tak pernah aku singgah masuk. Sebab tiap kali ke sana, mesti ramai orang beratur panjang order air. Meja pun penuh. Mungkin sebab hari minggu.


Semalam aku lalu depan kedai tu lagi. Aku tengok ada dalam 3 orang je. Apa lagi, terus aku masuk. Lengang betul kedai ni.


Aku order air Peach Jasmine Tea. Air ni yang aku berkenan bila tengok menu. Harga seketul RM6. Kena bayar cash atau QR code je. Tak lama pun tunggu. Dalam beberapa minit, nombor giliran aku dipanggil.


Aku ingatkan kecik je airnya. Rupanya besar. Kiranya murah lah air kat sini kalau nak dibandingkan dengan harga air kedai-kedai lain.



Air ni sedap. Aku suka. Manisnya just nice. Rasa peach dan teh bunga melur tu sekata. Bahagian bawah ada jelly. Kena guna straw besar kalau nak sedut jelly tu.

Sangat berbaloi pulak rasanya. Harga murah, air sedap. Lepas ni, kalau tak ramai orang, boleh datang lagi.

Post a Comment

25 Comments

  1. Kira berbaloilah kan harga dengan saiz cup tu. Kalau kena dengan selera mesti akan beli lagi. So far tak pernah lagi masuk Mixue. Biasa nampak orang beli aiskrim je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok kalau aiskrim, budak-budak yang banyak beli. Nak cuba jugak aiskrim tu tapi segan. 😭

      Delete
  2. Cie suka jugak air peach tea sedap. Ada pulak jelly. Minum waktu musim panas memang sejuk tekak.

    ReplyDelete
  3. boleh dikatakan murah la berbanding tempat lain. vibe pun ok ..tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam kedai ni, tenang je. Mungkin saya datang waktu tak ramai orang. Selalunya penuh satu kedai.

      Delete
  4. Suka yang ada mango tu, lupa yang mana.

    ReplyDelete
  5. Linda pun tak pernah masuk..tapi, anak² pandai masuk dan beli..hihihi

    ReplyDelete
  6. air peach sedap pernah minum lupa beli kat mana. Murah tu harganya. Lain kali boleh test air lain pulak kut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tu lah plan nanti. Ada banyak flavour. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.

      Delete
  7. mixue ni bagi saya la tersangat berbaloi harganya. cup besar pun still murah.

    ReplyDelete
  8. Wah, dah cuba mixue. Akak belum lagi. Sebab selalu ramai bebenor orang, tengok kat dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai sungguh. Saya masuk sini pun hari biasa. Pagi. Kalau tak, memang berderet beratur.

      Delete
  9. Ok nanti boleh cuba air peach ni, terus cam terbayang shower cream watson. perfume kereta kita pun bau peach.
    Adik ipar suka masuk sini beli eskrem sebab murah, super boba sundae tu pun syedap, ada masa nanti nak bawa geng mak2 g makan eskrem situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set masa yang sesuai. Nanti takde lah beratur panjang. 😂

      Delete
  10. Tempat kami budak² sekolah suka masuk sini juga sebab harganya lebih murah. Memang port merekalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini bukan budak sekolah je. Mak bapak adik-beradik sepupu sepapat budak sekolah pun join sekali. Termasuk saya. 😓

      Delete
  11. Bestnya terbaik sahabat,..boleh relek minum kan..

    ReplyDelete
  12. Mixue harganya lebih murah dan sedap. Tak menyesal beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Murah. Tapi tak boleh minum selalu. Kang datang penyakit lain pulak. 😭

      Delete
  13. Tu yang ramai suka ke Mixue ini.. Harga dia murah..

    ReplyDelete