Kat tempat aku, ada kedai Mixue. Bukak beberapa bulan lepas. Tapi tak pernah aku singgah masuk. Sebab tiap kali ke sana, mesti ramai orang beratur panjang order air. Meja pun penuh. Mungkin sebab hari minggu.
Semalam aku lalu depan kedai tu lagi. Aku tengok ada dalam 3 orang je. Apa lagi, terus aku masuk. Lengang betul kedai ni.
Aku order air Peach Jasmine Tea. Air ni yang aku berkenan bila tengok menu. Harga seketul RM6. Kena bayar cash atau QR code je. Tak lama pun tunggu. Dalam beberapa minit, nombor giliran aku dipanggil.
Aku ingatkan kecik je airnya. Rupanya besar. Kiranya murah lah air kat sini kalau nak dibandingkan dengan harga air kedai-kedai lain.
Air ni sedap. Aku suka. Manisnya just nice. Rasa peach dan teh bunga melur tu sekata. Bahagian bawah ada jelly. Kena guna straw besar kalau nak sedut jelly tu.
Sangat berbaloi pulak rasanya. Harga murah, air sedap. Lepas ni, kalau tak ramai orang, boleh datang lagi.






25 Comments
Kira berbaloilah kan harga dengan saiz cup tu. Kalau kena dengan selera mesti akan beli lagi. So far tak pernah lagi masuk Mixue. Biasa nampak orang beli aiskrim je.
ReplyDeleteSaya tengok kalau aiskrim, budak-budak yang banyak beli. Nak cuba jugak aiskrim tu tapi segan. 😭
DeleteCie suka jugak air peach tea sedap. Ada pulak jelly. Minum waktu musim panas memang sejuk tekak.
ReplyDeleteBetul. Minum masa musim panas sangat best.
Deleteboleh dikatakan murah la berbanding tempat lain. vibe pun ok ..tenang je
ReplyDeleteDalam kedai ni, tenang je. Mungkin saya datang waktu tak ramai orang. Selalunya penuh satu kedai.
DeleteSuka yang ada mango tu, lupa yang mana.
ReplyDeleteNanti boleh cuba kalau lalu situ lagi. 😆
DeleteLinda pun tak pernah masuk..tapi, anak² pandai masuk dan beli..hihihi
ReplyDeleteOrang muda memang makanan diorang ni.
Deleteair peach sedap pernah minum lupa beli kat mana. Murah tu harganya. Lain kali boleh test air lain pulak kut
ReplyDeleteMacam tu lah plan nanti. Ada banyak flavour. Sampai tak tahu nak pilih yang mana.
Deletemixue ni bagi saya la tersangat berbaloi harganya. cup besar pun still murah.
ReplyDeleteBetul. Lagi murah dari air balang tepi jalan.
DeleteWah, dah cuba mixue. Akak belum lagi. Sebab selalu ramai bebenor orang, tengok kat dalam.
ReplyDeleteRamai sungguh. Saya masuk sini pun hari biasa. Pagi. Kalau tak, memang berderet beratur.
DeleteOk nanti boleh cuba air peach ni, terus cam terbayang shower cream watson. perfume kereta kita pun bau peach.
ReplyDeleteAdik ipar suka masuk sini beli eskrem sebab murah, super boba sundae tu pun syedap, ada masa nanti nak bawa geng mak2 g makan eskrem situ.
Set masa yang sesuai. Nanti takde lah beratur panjang. 😂
DeleteTempat kami budak² sekolah suka masuk sini juga sebab harganya lebih murah. Memang port merekalah.
ReplyDeleteSini bukan budak sekolah je. Mak bapak adik-beradik sepupu sepapat budak sekolah pun join sekali. Termasuk saya. 😓
DeleteBestnya terbaik sahabat,..boleh relek minum kan..
ReplyDeleteTenang sikit. 😄
DeleteMixue harganya lebih murah dan sedap. Tak menyesal beli :)
ReplyDeleteBetul. Murah. Tapi tak boleh minum selalu. Kang datang penyakit lain pulak. 😭
DeleteTu yang ramai suka ke Mixue ini.. Harga dia murah..
ReplyDelete