Peti sejuk Wall's kat kedai runcit yang aku singgah ni baru je topup aiskrim baru. Aku tengok dalam tu. Ada aiskrim menarik: Topten.
Aku nak share pasal seketul aiskrim ni dulu. Sebab ni antara aiskrim bukan premium yang sedap ... dan unik. Aku bukan duta atau buat paid review. 😆
Kali ni aku nak share pasal aiskrim Topten Xtra. Aiskrim ni baru lagi kat pasaran. Tak silap aku bulan Oktober lepas baru masuk kedai. Harga seketul RM3.
- Coklat dan kacang almond
- Aiskrim vanila
- Serpihan coklat
- Sos fudge coklat (macam coklat cair)
- Bebola coklat
- Aiskrim coklat
Banyak benda ada dalam tu kan? Aku tengok pun dah terliur. Sebab tak pernah wujud aiskrim pesen gini. Selalunya lapisan luar je macam-macam ditaruknya. Tapi yang ni, dalam pun ada.
Rasa coklat dalam aiskrim ni sedap. Rasa sangat premium. Bukan rasa tipikal aiskrim coklat biasa. Aku tak pernah makan aiskrim mahal. Aku tak tahu rasa aiskrim mahal macam mana. Cuma nak bagitau, rasa aiskrim ni bukan macam aiskrim harga RM3. Tapi lebih lagi.
Ok done share.
Kalau nak tahu rasanya macam mana, sila pergi kedai, beli dan rasa sendiri. 😅





2 Comments
Kalau sedap, tak lama lagi mesti naik harga. Akak baru makan aiskrim Stranger Things, sedap.
ReplyDeleteCuya baru lepas beli aiskrim 7e.
ReplyDeleteAiskrim paling mahal Cuya pernah makan adalah Baskin Robbin tapi rasa dia sama mcm aiskrim beli kt supermarket. Baik beli je aiskrim bundle dlm bekas besar