ZUS Coffee x Capybara kembali lagi.


Tadi singgah ZUS kejap. Nak beli kopi baru. Perisa coklat pistachio. Dalam masa sama, nak kumpul barang. Promo baru ni ada merchandise Capybara. Dijenamakan jadi ChubbyBara.


Tahun lepas ZUS dah buat promo Capybara. Ada sticker, cup sleeve, plushie pin dan cup holder. Tapi waktu tu aku tak sempat beli. Sticker pun orang bagi. 😭

Kali ni memandangkan ZUS dekat dengan rumah, senang lah sikit nak beli. Antara merchandise Capybara yang ZUS bagi: wing sleeve, 3D sticker, cup sleeve normal, plushie pop socket, eye mask dan plushie blanket.





Promo ni diorang start buat minggu lain-lain. Minggu pertama start 1 Disember, kedua start 8 Disember dan ketiga start 17 Disember.

Ada sesetengah merchandise agak keras harganya untuk dapat. Aku dapat info, kalau nak dapatkan seketul plushie pop socket, kena buat pembelian at least RM28. Benda tu ada 3 design. Kalau 3 ketul jadi RM84. 😱

Ada efek salji dalam app ZUS.

Aku datang ZUS ni sebab nak cuba try rasa Iced Finally Pistachio Chocolate atau nama mudahnya air coklat pistachio. Entah sedap ke tak, jom cuba.


Harga asal RM 14.90. Aku guna voucher off 15%, dapat diskaun RM2.24. Tak silap aku, voucher ni dapat setiap bulan.


Sekali tengok macam air Oreo. Ada serbuk coklat ditabur kat atas air. Rasa air coklat pistachio ni lebih kepada susu. Sebab sedupan pertama tu, rasa susu. Lepas kacau, baru ada rasa pistachio. Tapi tak kuat sangat sebab rasa susu dan coklat overdosed. 😅



Sebab nak kumpul sticker, aku beli air lain pulak. Air yang murah sikit. Aku order Iced Australian Chocolate. Harga seketul RM13.90. Aku guna voucher promo Capybara: ZFPXRM2. Dapat diskaun RM2.


Rasa air coklat ni pahit menggelenyar sikit. Tak biasa aku minum. Mungkin serbuk koko yang digunakan tu pesen gitu. Tapi sedap jugak bila campur dengan susu.

Sticker 3D timbul.

Dah macam unta kemurungan.

Makanya kali ni, aku dapat kumpul sticker dan cup sleeve Capybara versi bersayap. Agak panjang sayapnya. Nak simpan macam mana tak tahu lah ni. 😓

Post a Comment

18 Comments

  1. Baru ni nampak keychain matcha dengan apa entah lagi 1. Syaratnya belian rm28 akan dapat. Cie try add to cart lebih rm28 tak dapat pun. Dah start promo baru takdela dah keychain tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu saya tak beli. Sebab macam tak menarik dan tak berbaloi.

      Kalau tak muncul masa nak check out tu, rasanya takde stok. Ada sesetengah cawangan kejap je dah habis.

      Delete
  2. Comelnya semua merchandise capybara Zus Coffee. Mesti ramai yang dok beli ni. Confirm cepat habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Musim Capybara kembali. Ada kedai lain pun buat merchandise Capybara jugak.

      Delete
  3. Ta kpernah lagi masuk Zus Kopi
    Takut dengan harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang murah Wak. Boleh tengok dalam app ZUS. Biasa menu promo macam ni harga mahal sikit.

      Delete
  4. Australian coklat, anak akak kata tak sedap. Tak boleh join juga chubbybara ni, sebab air manis belaka. Tapi comel je tengok, sebab menatang tu montel. 😁 Habis app zus pun jadi muka dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingatkan saya je yang tak berapa suka air coklat tu. Rasanya pelik sikit. 😅

      Delete
  5. Chocolate dan pistachio dua2 favorite tekak ni, kena try lah.

    ReplyDelete
  6. wah macam-macam sungguh dia promote ni. Tapi cute je menatang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dah akhir tahun. Buat promosi kaw gitu.

      Delete
  7. Semua nampak menarik dan menjadi pujaan coffee lover

    ReplyDelete
  8. kihkih... yang penting dapat dulu, baru pikir cemana nak simpan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nampaknya masuk box je lah nanti ni. 😓

      Delete
  9. Ada nampak iklan ini tapi tak berkesempatan lagi nak beli.. comel..
    Tapi kelakar pula bila BK kata macam unta kemurungan.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab warna coklat dan panjang. Teringat unta. 🤭

      Delete