Masa masuk Mydin, aku usha bahagian roti. Nak cari jem untuk sapu atas roti. Mulanya nak beli jem coklat dan peanut butter. Tapi bila tengok ada garlic spread, aku pun ambil seketul. RM8.89 harganya.
Lepas keluar Mydin, aku singgah beli waffle kat Coolblog. Ingat tak hari tu yang aku beriya singgah sebab nak kumpul koleksi Papa Zola?
Aku order waffle kosong. Aku tak terus makan waffle tu kat situ. Sebab dah kenyang minum air manis 2 ketul. Balik rumah, aku guna waffle tu untuk makan dengan garlic spread.
Disebabkan waffle tu tak cukup garing (aku dah mintak garing tapi dapat lembik jugak), aku panaskan guna air fryer. Garing akhirnya. Lepas tu, aku sapu garlic spread atas waffle tu.




22 Comments
Banyak BK letak tu. Terliur pula tengok, sebab waffle rangup. 😋
ReplyDeleteSuka rasa garlic spread ni. Tu yang taruk banyak-banyak. 😆
DeleteBeli juga jenama sama tapi dalam botol. Memang kuat rasa bawang putih. Senang tidak perlu buat sendiri.
ReplyDeleteKann. Senang sikit bila dah ada benda ni kat rumah.
Deletewah selalu tenguk orang guna garlic spread tapi belum mencuba lagi. Boleh buat sarapan ala-ala western gitu dengan ada sampingan mushrom sup. Mantap ni sarapan pagi
ReplyDeleteLagi sedap macam tu.
Deletewaffle kalau garing sedapkan . Krup krap krup gitu.
ReplyDeleteSaya memang gitu. Suka waffle garing.
DeleteNampak menarik garlic spread tu.. nanti nak try cari lah.
ReplyDeleteSila-sila. 👍
Deletewah boleh lah try , cari roti dan mushroom soup , memang ngam :)
ReplyDeleteKombinasi paling ngam tu. Kalau ada roti baguette lagi syok. 😄
DeleteGarlic spread memang antara kegemaran saya juga. Apa sahaja kadang saya campur dengan garlic spread, dari roti, goreng sampai nasi pun ada, hahahaha.
ReplyDeleteMenarik tu. Boleh tambah dalam nasi goreng.
Deletemurah harga dia. tak pernah lagi tgok orang makan waffle dgn garlic spread ni. klau makan dgn roti bakar, cicah mushroom soup.. fuh!
ReplyDeleteCuba lah. Boleh tahu rasanya. 😅
Deletesapu atas roti perancis then bakar sikit pastu celup dlm sup cendawan... hmm sedapnyaa
ReplyDeleteKann. Makin terliur pulak bila bayangkan.
DeleteMacam wajib kena ada ni.. senang nak makan garlic bread hihii
ReplyDeleteBoleh katakan macam tu lah. 😆
DeleteSedap.. Sha pun suka beli..
ReplyDeleteNi pun sekejap je dah habis. Sedap rasanya kan.
Delete