Tadi keluar ke bandar. Lepas setel derma darah, aku singgah Coolblog. Nak kumpul barang Papa Zola sempena filem yang tengah tayang kat pawagam.
Maklum lah. Sini takde pawagam. Nak beli merchandise movie Papa Zola tak dapat lah. Aku nak sangat merchandise GSC, MBO dan 10 Star Cinemas. GSC bagi sticker, bekas popcorn, tabung duit dan keychain Papa Zola.
MBO pulak bagi kad ahli, figurine, bekas popcorn dan gelas Papa Zola. Pastu, 10 Star Cinemas bagi puzzle keychain dan bekas popcorn limited edition. Tapi dah Kelantan takde pawagam ... terima lah seadanya. Ke ada blogger boleh tolong belikan untuk aku? 😂
Memandangkan kat Kelantan ni hanya Coolblog je yang buat promo Papa Zola, aku pun singgah lah. Terubat luka di hati. Ada beberapa pilihan combo. Aku beli combo C.
Dalam tu ada sticker, buku nota, cup sleeve dan kotak waffle Papa Zola. Aku mintak staff masukkan waffle dalam beg kertas biasa je. Sebab tak nak kotorkan kotak waffle tu. 😆
Dapat ni pun dah syukur sangat.
Maka, balik lah aku ke rumah dengan hati gumbira. 😁







1 Comments
Ohh BK orang Kelantan rupanya.
ReplyDeletePindah jela BK, dapat kumpul macam2 hahaha