What's up?

  • run

    HOME

Bulan Februari patut dijadikan Bulan Bahasa.


Entah kenapa makin menjadi-jadi isu kesalahan sebutan bahasa Inggeris. Bila bukak Twitter, berjela-jela tweet pasal ni. Bila salah sebut perkataan, ada yag kecam, ada yang setuju dan ada yang tak kisah. Ada jugak yang menegur tapi tak kena cara. Ingat, niat tak menghalalkan cara. Kalau kesannya boleh mengaibkan orang, maka memang tak elok lah dibuat.

English is fun. So, make English fun, not make fun of others.

Pendapat aku? Dalam konteks menegur, masing-masing ada cara menegur tersendiri. Cuma yang tak sama adalah cara penerimaan orang yang ditegur tu dan orang sekeliling yang termakan cili. Bagi aku, tak perlu sentap pun bila jadi macam ni. Sebab? Satu, at least kita nampak kesalahan kita dan dapat improve mana yang patut. Kedua, kita tak boleh nak halang orang. Selagi takde undang-undang pasal ni, selagi tu diorang bebas bersuara.


Aku ada baca tulisan Azizulhasni Awang. Dia share pengalaman dia diketawakan oleh golongan bijak pandai sebab salah sebut satu perkataan (gene). Aku pun pernah alami benda yang sama macam dia. Bila salah sebut satu perkataan English, terus dikecam dan diketawakan. Padahal kita yang terbiasa makan budu dan belacan setiap hari ni, memang akan ada lah kesilapan sebutan.

Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne . Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana-mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain. Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe-bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.

Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru-baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe-bishe sajer.

Ntah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome,DNA dan RNA semua ni lah. Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’(terdiri dari DNA-boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah. Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan-kawan🤦🏻‍♂️).

Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya. Dan yang lelaki pula acah-acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah. Kedua-keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang-canang kisah tersebut. Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar. Itulah sikap orang melayu kita kawan-kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai sakai seperti itu.

Tapi mentaliti segelintir orang yang acah-acah bijak bahasa ni, terus kecam bila kita salah sebut. Bukannya nak sama-sama tolong improve, tapi sibuk duk gelak sakan. Seolah-olah besar sangat kesalahan yang dibuat. Memang lah ada sesetengah perkataan tu kalau disalah sebut, lain maksudnya. Tapi the point is, tegur lah dengan sopan. Bukannya 100 kali kita duk salah sebut perkataan tu. Baru sekali salah, gelak tak henti.

Aku harap, lepas ni masing-masing ambil iktibar dari apa yang berlaku. Bila nampak orang salah sebut perkataan, tegur dengan elok. Biar kena tempat. Jangan jadikan kesalahan sebutan bahasa sebagai bahan jenaka.

Selamat tinggal ntv7. Memori waktu kecil akan sentiasa dikenang.


Sedih bila dapat tahu ntv7 akan ditamatkan dan diambil alih oleh DidikTV. Untuk pengetahuan, DidikTV ni adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses dan kualiti pendidikan bagi semua murid.


Serius aku cakap, memang ntv7 ni channel favourite aku. Banyak cerita, drama, anime dan shows yang ditayangkan kat ntv7. Antaranya Charmed, CSI, Glee, Sabrina, Malcolm in the Middle, Lizzie McGuire, Survivor, How I Met Your Mother, Two and a Half Men, Spanar Jaya, Seekers, Who Wants to Be a Millionaire dan Impian Illyana. Anime tak payah cakap lah. Memang banyak. Doraemon, Shin Chan, Pokemon, Digimon, Cardcaptor Sakura, Slam Dunk, Angelic Layer, Mr. Bean: The Animated Series, Yu-Gi-Oh!, Ninja Hattori-kun, Prince of Tennis, Inuyasha, Fruits Basket, siri Ultraman, Masked Rider wehh banyak lagi lah. Memang tak terkira.

Malcolm in the Middle.

Digimon Adventure.

Cardcaptor Sakura.

Slam Dunk.

Kalau nak dibandingkan dengan stesen TV lain, ntv7 ni paling banyak tayang cerita dan mostly cerita luar negara. Drama TVB pun ntv7 tayang. Yang paling best aku tengok dulu masa 2007, drama Ten Brothers. Selain tu, Under the Canopy of Love dan War and Destiny pun best jugak. Aku menggila tengok drama TVB asalnya dari TV3.

Under the Canopy of Love.

War and Destiny.

Lepas drama TVB ni start tayang kat 8TV, terus aku kurang tengok sebab masa tu line 8TV (bukan dari Astro) takde kat kawasan rumah aku. Tengok pun kadang-kadang je kat TV2 dan ntv7. Lagipun, waktu tu aku dah start masuk matrik. So, memang kurang sangat layan drama.

Tapi.

Aku rasa bukannya ntv7 ni akan dibubarkan atau ditamatkan. Berdasarkan pembacaan aku, DidikTV ni sekadar slot dalam ntv7 tu, yang bersiaran dari pukul 7.00 pagi sampai 12.00 tengah malam setiap hari. Kiranya macam kes slot CJ Wow Shop kat TV9 tu.


Even Media Prima pun dah keluarkan kenyataan tentang salah faham ni. Sebabya dah viral dan trending kat Twitter pasal DidikTV ni. Kalau tengok sejarah DidikTV ni sendiri, asalnya dari TV Pendidikan. RTM, Astro dan TV9 sendiri pun pernah buat slot untuk TV Pendidikan ni. Bukan channel, tapi sekadar slot.



Macam aku cakap tadi, DidikTV ni program kolaborasi antara Media Prima dan KPM di kala pandemik COVID-19 ni. Sebelum ni ada je syarikat lain yang buat slot pendidikan macam channel TV Alhijrah tu yang buat slot kelas KAFA, setiap hari dari pukul 4.30 petang sampai 6.30 petang.

So, aku tak pasti dari mana khabar angin yang mengatakan ntv7 ni bakal digantikan atau rebranded dengan DidikTV. Orang dalam? Orang luar yang acah-acah tahu semua benda? Apa-apa pun harapnya takde lah Media Prima tamatkan ntv7 ni semata-mata nak buat DidikTV. Kalau macam tu, lebih baik buat satu saluran TV baru yang fokus pendidikan macam Astro Tutor TV tu.

9-1-1: What's your emergency? Musim baru dah bermula!


Musim ke-4 dah start pertengahan bulan Januari hari tu. Aku tak perasan pulak. Biasanya aku akan search pasal 9-1-1 ni sebab patutnya musim ke-4 start tahun lepas. Tapi sebab virus, terpaksa delay. Kalau nak diceritakan dari awal, aku start tengok 9-1-1 ni dari musim ke-2. Waktu tu aku tengok episod yang pasal eksiden jentera bomba terbalik dan hempap kaki salah sorang team bomba tu (Buck).

Antara scene musim ke-2 yang akan ubah the whole story dalam musim ke-3.

Kesian Buck jadi mangsa.

Sebenarnya, aku tak tahu pun tu dah ending musim ke-2. Dan start dari episod tu lah, aku terus tengok dari awal. Aku tengok kat Astro channel FOX (704). Masa tu aku stayed kat rumah kakak aku. Aku sempat tengok dari episod pertama musim ke-2 sebab Astro kan selalu ulang-ulang cerita sama. So, ada kelebihan jugak tengok Astro, kan?

Eddie, Bobbie, Hen.

Buck dan Eddie.

Maddie dan Chimney yang bakal bergelar ibu bapa.

Dan paling best, lepas je cerita ni ditayang kat US, dalam masa 24 jam, Astro akan tayang kat FOX. Biasanya pukul 9 malam setiap selasa. Tapi takde subtitle pun. Mungkin team Astro tak sempat nak buat. Tengah hari esoknya, ulangan cerita ni, baru lah ada subtitle. Bukan apa, kadang mat saleh ni cakap laju dan bila takde subtitle, aku memang tak sempat pick up dan terlepas point-point penting.

Musim pertama.

Musim ke-2.

Musim ke-3.

Untuk setiap musim, akan ada opening scene yang major dan penting. Macam musim ke-2 pasal gempa bumi, musim ke-3 pasal tsunami dan musim ke-4 ni pasal empangan yang pecah. So, untuk musim ke-4 ni, aku baru tengok episod 2. Memandangkan diorang shooting dalam COVID-19, musim ni memang berkisarkan persekitaran pandemik ni. Boleh tengok macam mana diorang buat SAR (Search and Rescue) dalam keadaan dikelilingi COVID-19.

Jujurnya aku rasa dulu kerja bomba ni macam biasa dan tak best kalau dibandingkan dengan kerja beruniform yang lain. Tapi bila aku tengok 9-1-1 ni, aku jadi berminat nak tahu pasal kerjaya bomba.

Makan mi instan BonCabe level 15. Best ke?


Aku beli kat Shopee. Harga memang murah dari kedai lain. Seller lokal yang jual. Dulu aku pernah makan yang level 10. Tak pedas sangat tapi masuk jamban jugak lepas tu.


Kali ni aku masak special sikit. Aku tambah telur dadar. Dalam telur ni aku tabur sikit serbuk cili BonChili level 15, yang botol warna hitam tu.

Kalau tengok dalam gambar tu, ada rumpai laut atas telur. Aku beli rumpai laut ni kat Shopee jugak, tapi seller dari Indonesia. Beuki Snacks Shop. Memang sedap sangat rasa rumpai laut ni. Setiap kali aku masak megi, aku akan tabur sikit. Rasa pedas-pedas manja gitu.


Bagi aku, mi segera BonCabe ni memang sedap. Pedas dan penuh rasa. Ibarat makan Mi Sedaap tu. Cukup dengan rasa yang memang kena dengan tekak ni. Tapi kali ni, aku makan tak masuk jamban dah. Mungkin sebab dah terbiasa makan cili tabur yang pedas ni.