Perbezaan antara SPP, SPA dan JPA.


Mesti ramai yang keliru dengan ketiga-tiga ni kan? Aku pun dulu memang blur jugak. Tapi bila kaji sikit, boleh nampak memang skop tugas tak sama.

1. SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)



SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

Ada 3 jenis jawatan terlibat:

a. Guru - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

b. Pensyarah - Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

c. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP):
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19
  • Penyelia Asrama Gred N19
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N19
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  • Pembantu Makmal Gred C19
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  • Pembantu Operasi Gred N11
  • Pemandu Kenderaan Gred H11

Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my.

So, senang cerita, SPP ni handle perkara yang berkaitan sekolah atau pendidikan. Tapi hal penempatan guru atau pesyarah, SPP tak handle. Yang ni KPM atau KPT yang handle.

2. SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)



Fungsi SPA Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan meliputi perkara-perkara berikut:
  • Melantik
  • Mengesahkan dalam perkhidmatan
  • Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
  • Menaikkan pangkat
  • Menukar
  • Menjalankan kawalan tatatertib

Logo SPA9.

Tugas SPA ni melantik penjawat awam kecuali bidang pendidikan. Sama macam SPP, kelayakan bermula dari PMR hingga PhD. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di https://spa9.spa.gov.my.

Tapi tak semua penjawat awam apply dari SPP atau SPA. Macam universiti awam, diorang buat pengambilan pensyarah dan staf secara terus melalui universiti. Ada sistem e-Recruitment atau e-Pengambilan diorang sendiri.

3. JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)



JPA ialah sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang merancang, membangun, dan mengurus sumber manusia untuk perkhidmatan awam. Dengan kata lain, JPA ni HR (Human Resources).

Fungsi:

a. Perancangan
  • Menentukan peranan sektor awam
  • Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam
  • Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia
  • Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan
  • Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam
  • Membangunkan strategic alliances and networking

b. Pembangunan
  • Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi
  • Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya
  • Pembangunan Laluan Kerjaya
  • Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian
  • Menentukan Dasar Latihan

c. Pengurusan
  • Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia
  • Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan
  • Menguruskan pemantauan dasar
  • Menguruskan penilaian dasar

Kalau nak kerja dalam JPA pun, still kena mohon melalui SPA. Sentiasa alert dengan announcement daripada SPA. Sebab biasanya SPA akan mention jawatan kosong yang dibuka tu untuk jabatan apa.

Sekarang semua kena isi online. Takde manual dah. SPP dan SPA memang kena update setiap tahun. Sebab tempoh sah permohonan dari tarikh mohon adalah 1 tahun je.

Post a Comment

16 Comments

  1. Setakat sekarang CCL dh dftr SPA & SPP . Tapi itu laa belum ada rezeki untuk terima keja government

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan ada rezeki untuk kerja gomen. Sabar itu indah.

      Delete
  2. Saya pernah daftar SPA je. Tak ada rezeki dapat kerja gomen :(

    ReplyDelete
  3. Pernah daftar SPA, tapi tak ada rezeki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah nak dapat sekarang, dulu dan selamanya. 😕

      Delete
  4. Kepada yang berhajat nak jadi penjawat awam tapi masih lagi gagal diharap jgn berputus asa.. saya dulu pun 3 tahun menunggu..'Sesuatu yang baik itu datangnya kemudian'...yakin pada allah.. teruskan berusaha, berdoa dan bertawakkal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat dan perkongsian. Betul. Rezeki tak pernah salah alamat. Selagi ada usaha dan niat yang betul, insyaAllah apa yang kita perlukan, akan diberi.

      Delete
  5. Untuk SPP tu dikirapenjawwat awam juga ke mcmna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SPP ni salah satu jabatan kerajaan. Jadi, pekerja di bawahnya dikira penjawat awam.

      Delete
  6. Antara SPA dengan JPA mana yg lebih berkuasa?

    ReplyDelete
  7. boleh tak penjawat awam gred h11 bertukar ke jabatan lain..asalkan gred sama contoh jkr ke pendaftaran atau jkr ke jbtn alam sekitar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertukaran hanya dibenarkan mengikut skim perkhidmatan. Mengikut Q&A dari SPA:

      Soalan: Bolehkah seseorang pegawai yang menjawat jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 ditukar lantik ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19?
      Jawapan: Tidak boleh. Pertukaran pelantikan hanya boleh dipertimbangkan dalam skim perkhidmatan yang sama sahaja.

      Delete