What's up?

  • run

    HOME

Kes tertinggi COVID-19 Malaysia. Mengucap panjang tengok angka!


Dalam seminggu ni, kes baru mencanak-canak naik. Tak nak kalah! Dengan kluster baru yang tak sepatutnya ada, tiba-tiba muncul.


KKM dah usaha sedaya-upaya nak tangani. Dengan uar-uarkan kepentingan SOP. Polis pun buat saman, tapi masih ada yang ambil mudah. Sangat-sangat ambil mudah. Pentingkan diri.


Rindu nak tengok gambar telur. Masa tu memang rasa lega sebab kes memang dah takde. Tapi, makin lama makin naik. Kes kat Sabah, kes merentas daerah salah satu punca angka naik mendadak. Time raya pun sibuk nak ziarah bagai, sibuk nak beli karpet. Pehal?


Hari tu kes LRT berlanggar. Risau pulak ada kluster baru akan datang. Kena tunggu 2 minggu tengok macam mana. Harap-harap jangan lah makin bertambah. Dan yang cedera, semoga kembali pulih seperti biasa.



Wad dah penuh. Ruang simpan jenazah pun dah penuh. Sekarang KKM sampai terpaksa cari sukarelawan nak bantu diorang. Aku kalau ada basic medik, aku nak je jadi sukarelawan tolong diorang. Tapi bukan kepakaran aku.

10 comment (s):

  1. tak mustahil bole cecah smp 10k dalam masa terdekat ni... :(

    ReplyDelete
  2. Akhirnya kerajaan Malaysia mengumumkan LOCKDOWN seluruh negara. Mungkin ini cara terakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam PKP 1.0 dulu tu. Harapnya boleh capai sifar kes.

      Delete
  3. Agak2 angka akan memcecah 10k klw tak lakukan lock down

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm. Sebab tu terpaksa buat full lockdown. Keadaan dah huru-hara sekarang.

      Delete
  4. Terkejut masa dengar berita pasal lrt hari tu, sebab hari-hari memang pergi kerja naik lrt.

    Dengan total lockdown ini, moga keadaan ini reda

    ReplyDelete
  5. hari ni dah 9000 lebih...semoga esok bilangan kes menurun

    ReplyDelete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.