What's up?

  • run

    HOME

Malaysia guna vaksin apa? Ini 8 senarai vaksin COVID-19 di Malaysia.

 Update: Sebanyak 200 ribu vaksin CanSinoBIO sudah masuk Malaysia (20 Ogos 2021)


Vaksin yang selalu kita dengar ialah Pfizer dan AstraZeneca. Tapi tahukah anda, selain dua jenis vaksin ni, Malaysia ada jugak sediakan vaksin-vaksin lain? Bawah ni merupakan 7 senarai bekalan vaksin yang Malaysia dapat di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Senarai vaksin COVID-19 di Malaysia



Negara pengeluar: Amerika Syarikat (developed by Jerman)
Jumlah dos ditempah: 32 Juta
Bil. dos diambil: 2 kali
Tahap keberkesanan: 95%
Negara yang telah guna: Amerika Syarikat, Singapura, UK, Bahrain, Kanada, Mexico, Switzerland, Kesatuan Eropah

Pfizer-BioNTech ialah vaksin mRNA yang memerintahkan sel-sel badan menghasilkan protein yang mencetuskan tindak balas imun. Vaksin mRNA COVID-19 mengajar sel-sel kita untuk menghasilkan 'spike protein' yang terdapat pada permukaan virus corona. Sistem imun badan kemudian mengenali protein ini dan mengembangkan antibodi untuk melindunginya. Tidak seperti vaksin tradisional, jenis ini hanya mengandungi komponen sintetik, bukan virus hidup. 



Negara pengeluar: United Kingdom
Jumlah dos ditempah: 12.8 Juta
Bil. dos diambil: 2 kali
Tahap keberkesanan: 62% - 90%
Negara yang telah guna: UK, Afrika Selatan, Ukraine, Brazil, Kesatuan Eropah, Kanada, India

AstraZeneca ialahvaksin vektor virus yang dihasilkan secara gabungan oleh AstraZeneca (syarikat farmasi yang berpusat di UK) dan Universiti Oxford. Ia menggunakan virus yang diubahsuai untuk menyampaikan sebahagian kecil kod genetik virus ke sel-sel badan, mengajar mereka untuk menghasilkan 'spike protein' yang terdapat di dalam virus corona dan menghasilkan tindak balas imun terhadapnya.



Negara pengeluar: China
Jumlah dos ditempah: 12 Juta
Bil. dos diambil: 2 kali
Tahap keberkesanan: 50.4% - 91.25%
Negara yang telah guna: China, Indonesia, Turki, Chile, Hong Kong, Brazil, Cambodia

Sinovac ialah vaksin virus nyahaktif yang bermaksud ia menggunakan zarah virus yang dibunuh untuk mencetuskan tindak balas imun badan terhadap virus. Sesuai untuk mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah.



Negara pengeluar: China
Jumlah dos ditempah: 3.5 Juta
Bil. dos diambil: 1 kali
Tahap keberkesanan: 65.7%
Negara yang telah guna: China, Mexico, Pakistan

Syarikat farmaseutikal China iaitu CanSino Biologics bersama-sama mengembangkan vaksin ini dengan Beijing Institute of Biotechnology dan Academy of Military Medical Sciences. Vaksin ini juga merupakan vaksin vektor virus dan satu-satunya vaksin di antara lima yang disenaraikan yang boleh diberikan dalam satu suntikan. 



Negara pengeluar: Rusia
Jumlah dos ditempah: 6.4 Juta
Bil. dos diambil: 2 kali
Tahap keberkesanan: 91.6%
Negara yang telah guna: Rusia, Argentina, Brazil, Belarus

Vaksin vektor virus ini dihaslkan oleh Gamaleya Research Institute, Rusia. Sputnik V menggunakan dua virus berbeza yang menyebabkan selesema biasa (adenovirus) pada manusia.

Adenovirus ini menjadi lemah sehingga tidak dapat melakukan replikasi dalam badan manusia dan tidak dapat menyebabkan penyakit. Adenovirus juga dimodifikasi sehingga vaksin menyampaikan kod untuk menghasilkan 'spike protein'.



Negara pengeluar: China
Jumlah dos ditempah: N/A
Bil. dos diambil: 2 kali
Tahap keberkesanan: 90% (kajian di Bahrain)
Negara yang telah guna: Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Mesir dan Jordan

Sama seperti Sinovac, Sinopharm merupakan virus nyahaktif yang menggunakan zarah virus yang dibunuh untuk mencetuskan tindak balas imun badan terhadap virus. Teknologi sama digunakan bagi menghasilkan vaksin Sinopharm ini, iaitu dicampur dengan bahan tambahan untuk merangsang tindak balas imun yang lebih kuat.



Negara pengeluar: Amerika Syarikat
Jumlah dos ditempah: N/A
Bil. dos diambil: 1 kali
Tahap keberkesanan: 66% - 85% (kajian di Amerika Syarikat, Afrika Selatan dan Amerika Latin)
Negara yang telah guna: Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Belanda, Poland, Itali dan beberapa negara Eropah yang lain

Dihasilkan daripada virus lain (keluarga adenovirus) yang telah diubah suai bagi mempunyai gen untuk membuat protein yang terdapat dalam virus COVID-19. Vaksin Janssen ini berbeza daripada Pfizer, yang mana ianya menyuntik mRNA iaitu sejenis bahan genetik yang dibaca oleh sel-sel badan kita untuk menghasilkan protein, ke otot di lengan atas. Ia mengajar tubuh cara membuat protein yang mencetuskan penghasilan antibodi. Jika virus sebenar memasuki tubuh, sistem imun akan terus mengenalinya.

Kajian satu dos vaksin mampu memberi 85% perlindungan daripada COVID-19. Melalui ujian klinikal, tahap keberkesanan vaksin ini adalah sebanyak 66.3%. Selain itu, vaksin ini juga mampu memberi imun kepada badan terhadap varian Delta selama sekurang-kurangnya 8 bulan.



Negara pengeluar: Amerika Syarikat
Jumlah dos ditempah: N/A
Bil. dos diambil: 2 kali
Tahap keberkesanan: 94.1%
Negara yang telah guna: UK, Kesatuan Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, Israel, Singapura, Filipina, Jepun, Vietnam

Moderna atau Spikevax merupakan vaksin mRNA yang menggunakan teknologi sama seperti Pfizer. Apabila seseorang disuntik vaksin ini, sebilangan sel badannya akan membaca arahan mRNA dan menghasilkan 'spike protein' buat sementara. Sistem imunnya kemudiannya akan mengenal pasti protein ini sebagai bendasing dan akan menghasilkan antobodi, seterusnya mengaktifkan sel-sel T (sel darah putih) untuk menyerangnya.

8 comment (s):

  1. Semoga usaha ini (vaksin) Allah swt berkati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga semua usaha baik-baik sahaja.

      Delete
  2. Kebanyakan kena ambil 2 dos.

    ReplyDelete
  3. Semoga covid-19 ini segera nyah dari muka bumi ini. Semakin lama semakin teruk pula jumlah jangkitan.. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Makin teruk pulak sekarang.

      Delete
  4. Saya sudah lengkap 2 dos, vaksin pfizer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh. Tahniah! Mereput menunggu tak dapat-dapat lagi ni.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.