Sudah terhantuk baru tengadah. Tak pasal-pasal mendapat PKPD.


Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.

Daripada takde penyakit, sibuk nak cari penyakit. Kecoh kat Kelantan sebab ada sebuah kampung jadi tempat tersebarnya COVID-19. Pulek.


Bila aku kaji, rupa-rupanya ada segelintir penduduk Kampung Pauh Lima yang masih bebal, tak nak ikut SOP. Terkedu aku bila dapat tahu penyebaran ni daripada jemaah surau sendiri. Kenapa? Kenapa sangat pentingkan diri?


Aku dapat tahu, diorang sanggup solat tarawih dalam gelap, sembunyikan selipar sebab takut polis datang buat rondaan. Setakat ni dah 2 maut dan 78 possitif COVID-19. Weh. Tarawih kat rumah pun boleh. Tak wajib pun berjemaah kat surau atau masjid. Nak kejar pahala, last-last dapat dosa kering pulak.


Semalam, trending kat Twitter pasal Majalah 3. Minggu ni Majalah 3 buat dokumentari pasal frontliners "Kita Masih Belum Menang". Boleh tengok perit jerih petugas barisan hadapan ni berdepan dengan pesakit COVID-19. Diorang yang buat masalah ni patut tengok. Baru insaf sikit.


Tak tahu nak cakap apa lagi. Nak kata diorang tak tahu SOP, kenapa sanggup solat dalam gelap dan sembunyikan selipar? Tak pasal-pasal orang lain jadi mangsa. Kat kampung memang ramai warga emas. Risiko nak kena jangkitan memang tinggi. Kerajaan dah mintak ikut SOP, ikut je lah. Bukan saja-saja SOP dibuat.

Post a Comment

4 Comments

  1. Orang yang tak nak ikut SOP ini memang menyakitkan hati.. Geram je tengok.. Degil tak boleh nak ditegur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Degil tak boleh bawak bincang langsung. 😑

      Delete
  2. Allahuakbar! Kenapalah masing masing tak nak ikut SOP. Pentingkan diri. Susah nak educate orang ikut SOP. Macam ni sampai bila nak berakhir. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masih ramai yang tak ikut SOP. Memang payah nak educate golongan yang jaga perut sendiri je.

      Delete